PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Saturday, December 14, 2013

Masa pantas berlalu...

posted by me..

"Masa tak ada masa nak buang masa dengan kita"..

seeee...kan betul..pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan 12..ni pun dah masuk pertengahan bulan 12..semester 1 tahun 5 pun dah nak habis...next week minggu last rotation..then study week..lepas tu final exam...sangatttttt cepat masa berlalu...suka pun ye..takut pun ada..yela..bulan 1 lepas final..ada external exam..dengan council..pfffttttt....nervous..tak tau siapa la yang akan jadi the choosen one tu...

papepun all the best untuk my classmate..rasa macam sekejap je dah 5 tahun.kita ada masa 6 bulan je lagi nak tengok muka masing2x..lepas tu bawak haluan sendiri dah...soo..

"TO ALL MY BELOVED FRIENDS..I WISH U ALL THE BEST IN WHATEVER YOU DO..." :)

Till then..

p/s : bila datang soal hati dan perasaan..apa yang aku boleh buat adalah..tawakkal, perbaiki diri dan berdoa..that is it... :)


Tuesday, November 12, 2013

For whom it may concern..

posted by me


one of good friend of mine post this on facebook..i comment on her,,it just like to tease her..in return she said "khas untuk kau"..and i said thanks to her..you know what she reply to me " in return...hantar kad kawin cepat2x.."...oh my...kena sebijik..hahaha..by the way i copy paste back what she posted oh her fb's wall.. :


Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
A school where you will never graduate. 
A school without a break or a free period. 
A school where no one is allowed to drop out. 
A school which you will have to attend every day of your life. 
A school where there is no sick leave or holidays. 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be. 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue. 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
Its your choice today:” build it or break it”. 

such a good advice.. thanks friend.. :)

Till then..

May Allah bless each of us.. :)

p/s : to my "Inchek Right" which i don't know who..please take care of yourself..you always in my prayer..see you soon..insyaAllah.. :)

p/s/s : sempat lagi berjiwang karat..padahal besok ada clinical conference..wish me all the best,,,rabbi yassir wala tu 'assir..

p/s/s/s : one of du'a that "someone" gave to me.. "Rabbuna Maana...
Hasbunallahu Wani'mal Wakiil, Ni'mal Maula Wani'ma Nassiir..." :D

Tuesday, September 3, 2013

Cinta..

posted by me..

Cinta...
 Apa yang kau faham tentang cinta..
Satu perasaan suci anugerah yang Maha Esa...
Yang mampu membuat manusia sedih menjadi gembira...
Yang mampu membuat manusia lemah menjadi perkasa..
Hanya kerana cinta..
Ianya juga mampu membuat suka menjadi derita...
Yang waras menjadi gila..
Seperti Majnun & Laila.....
Kerana fahamnya mereka hanya cinta kepada manusia...
Dianggap cinta itu sekadar untuk suka-suka..
Tidak di arahkan mengejar CINTA yang Maha Kuasa...
Kerana jika kau mengerti...
Itulah yang pertama..
Kedua cinta Kepada Rasulnya..
Ketiga cinta kepada kedua ibu bapa..
Keempat cinta kepada saudara seagama...
Jika yang pertama dapat kau raih maka DIA akan permudahkan semuanya...
Jika ada yang bertanya..
Adakah aku sendiri tidak pernah merasa perasaan cinta..
Perasaan mempunyai teman berlainan jantina...
Pernah..jawapan aku pernah kerana aku juga manusia...
Fitrah semulajadi tertarik dengan berlainan jantina..
Tapi siapa aku untuk meminta-minta..
Andai diri masih tidak mampu menjadi sempurna..
Andai agama masih ada lubangnya..
Andai lapisan iman masih ada cariknya...
Mana mampu aku untuk bermimpi mendapat yang sempurna..
Kerana Tiada manusia yang sempurna melainkan DIA..
Maka ku simpan rasa ini di dalam dada..
Kerana aku manusia yang takut pada kecewa...
Mungkin masanya belum tiba...
Kerana setiap apa yang berlaku sudah tertulis secantik-cantiknya..
Tidak akan lambat atau cepat perkiraannya..
Ianya akan tiba tepat pada waktunya..
Maka pesan kepada hati..bersabarlah kerana itu semua ada hikmahnya..

Nukilan,
Diri ini yang tak sempurna..

May Allah Guide Us In Every Single Step..Aminnn... 

p/s : semester baru dah nak bermula..sila berusaha..ganbatte!!..

Tuesday, August 20, 2013

Cepatnya masa berlalu..

posted by me..

selamat hari raya aidilfitri..mohon maaf atas segala salah silap..ramadhan kali ni rasa macam cepat sangat berlalu..tau-tau.. "eh dah hujung ramadhan dah.."...itu lah..sama ada kita sedar atau tak itu salah satu tanda-tanda kecil kiamat iaitu MASA BERLALU DENGAN PANTAS...ya Allah..ya Allah... T_T

Tambahan dalam bulan ramadhan ni la aku banyak bermusafir..praktikal..balik rumah pun dah hujung-hujung ramadhan..huuu..tapi tak pe la..moga-moga Allah bagi kesempatan untuk kita untuk merasa bulan ramadhan akan datang.. :'D

So..syawal kali ni lain sikit dariyang lepas-lepas..sebab..syawal kali ni ada majlis bertunang along..hehe..dari sebelum ramadhan lagi kami dah prepare barang sikit-sikit..supaya bulan ramadhan nanti takde la sibuk sangat..so tak nak banyak cerita..tengok gambar je la eh.. :D.. *scroll down*


 
ni hantaran dari pihak kami..malam sebelum tu bertungkus lumus siapkan dengan sedara mara + anak sedara sekali...merah semua...


ni masa perundingan..yang purple tu belah perempuan (pak su) ...yang biru tu belah lelaki (pak long kitaorg)..thank god tak de sesi berpantun...



sesi menyarung cincin tunang..hihi... :)


ni sarung cincin merisik haritu..kiranya dapat 2 cincin la..untunglaaa kak nas.. :)


ni sebelum balik...amik gambar sat..aku pakai purple sebab kak nas yang request..malam raya tu...ikut kan je la..hahahaha..*padahal memang nak pakai baju tu pun hehe..*


ahah..tu la dia abang aku..orangnye biasa-biasa..aku dengan ayah selalu usik dia..tang mana la kak nas suka kat dia ni..hahahha... :p


last but not least WELCOME TO OUR FAMILY...walaupun baru bertunang..tapi kami dah anggap jadi ahli keluarga dah..doakan yang terbaik untuk mereka...aminnnn..


Tudung merah tu kakak sedara yang rapat yang banyak tolong kami..cucu wan paling sulung..aku rapat jugak dengan dia...kawan gosip mak aku ni...yela..aku kan jarang ada kat rumah..mana sempat nak bergosip...hehehe..


dan yang tu anak dia..cicit wan paling sulung..umur 16 tahun..hamek..anak sedara dengan mak sedara tak jauh beza... :)

apapun kami sekeluarga besar mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua...congrats!!..:)

Till Then..

p/s : rezeki along mudah..next year insyaAllah sambung phd..alhamdulillah...yang sulung dah lepas..aku yang jadi masa orang suka bertanya.. "kau bila lagi"..jawapan aku.. "tak tau la..partner pun takde..wallahu'alam"...ada jodoh ada la..sampai jemputan tu nanti..jangan risau deh.. :)

p/s/s : tahun depan aku berebut booking mak ngan ayah untuk majlis konvo..pasal abang aku pun konvo master tahun depan..kak nas pun konvo master tahun depan..soooo..aku cop dulu..hahaha..

Tuesday, July 30, 2013

Ceritera semasa praktikal..

posted by me..

salam sejahtera kawan-kawan...fuhh...fuhh..lama tak update blog kan..last update 4 june hari tu..hehe..so sekarang ni aku ada kat rumah dah..dah habis dah praktikal sebulan lebih..1 bulan dekat indonesia..2 minggu dekat kedah...so far best la..

meh aku cerita..

1. Praktikal dekat indonesia..lebih spesifik dekat Institut Pertanian Bogor

-yang best dekat sana masa praktikal dekat Lembang (KPSBU) JABAR..KPSBU stand for Koperasi Pengumpulan Susu Bandung Utara..of course la semuanya ruminant kan..hehe..pengalaman yang menarik la..sebab sebelum malaysia kan kurang sikit dairy cattle ni especially dekat semenanjung..so kat sana kami banyak belajar macam-macam la..belajar macam mana nak buat Artificial Insemination (AI), Pregnancy Diagnosis (PD) dan macam-macam lagi..banyak jugak la case yang kami jumpa antaranya hypocalcemia, retained placenta, abortion, papilloma, cystic follicle dan macam-macam lagi..yang paling best dapat tengok surgery LDA (left displacement abomasum) dengan RDA (right dislacement abomasum). sepanjang 2 minggu lebih tu, dapat la jugak aku identify cervix sampai horn. cuma untuk ovary & cystic aku tak dapat rasa. tapi kawan-kawan aku yang lain dapat la..almaklum la..aku tak tera macam depa..haha..

-pengalaman hidup dekat tempat orang, so far so good. makan banyak. semuanya sedap-sedap..hari-hari mengadap tauhu dengan tempe..hehe..overall duduk kat lembang memang best..sejuk macam kundasang..makanan pun sedap-sedap..hari-hari minum susu lembu & yogurt..huhu..

then bila balik IPB..kena stay dekat rumah sakit. rutin macam biasa, pagi jam 5.00 pagi dah start bersih kandang kucing dengan anjing. sampai dalam pukul 7.00 macam tu. then jam 9.00 start masuk hospital, tunggu patient. tapi aku dapat buat kejap la dekat hospital sebab aku kena food poisoning rasanya. sampai tahap masuk air semua. so aku dapat praktikal hari pertama dengan hari dah nak akhir-akhir. tapi dapat jugak la tengok dr. buat surgery mandible fracture..the end..

2. Praktikal dekat JPV kedah.

- 14 haribulan tu kami touched down KL, malam tu, aku, syak dengan fadilah terus pergi kedah. gila tak gila kan. mula-mula malas nak pegi. fikir-fikir balik kena pegi jugak. ingatkan pegi awal dapat la rehat. sebab sepatutnya kami start 16 hb. sekali rean dah bagitau dr yang kami datang 15hb dan time tu ada surgery (spaying anjing), penat-penat pun..lajak je la..begong la kejap kepala. buat castration lagi..haha..tapi so far dekat kedah memang banyak hands on la..castrate, spay dekat kucing..semua kena buat sendiri..anjing je la dr. yang buat. sebab kami jarang spay and tak pernah castrate anjing (sebab kelantan mana banyak anjing). tapi dekat kedah dapat la jugak buat castration on dog. dapat la buat 2 ekor seorang. first-first dr. tunjuk dulu..then lepas tu, macam biasa, aku selalu jadi orang pertama kena buat dulu. sebab depa-depa ni mesti cop " aku nak no 2(rean)..aku no 3(syak)..aku last sekali la (fadilah).."..then yang pertama tu tak de orang..aku la yang kena..tapi tak pe.. dr. assist..hehehe..thanks dr. syazuwan..staff kat sana semuanya baik-baik..friendly..so senang nak kamceng la..walaupun 2 minggu. tapi rasa best sangat!..nanti nak datang lagi la..hehe..oh ya untuk 1 minggu aku jadi supir untuk mereka-mereka ni..dah la itu first time aku bawa kereta auto..rupanya tak susah sangat pun..hehe..sebelum baik tu sempat menge-paw dr. sayzuwan...minta belanja makan masa buka puasa..hoho..jimat duit.. sorry dr..sekarang la masa nak paw..nanti esok2x susah dah..haha..then sempat la sembang-sembang pasal kerjaya..apa nak buat semua..thanks dr.

so itu lah bebelan untuk sementara waktu ni..panjang kan...macam karangan BM..haha..tapi bila suruh buat karangan..idea tak de pun banyak macam ni..hihi..nanti-nanti kita sembang lagi..sila tengok gambar dibawah :)

sepatutnya minggu pertama kitaorg start praktikal dekat sini..tapi tak jadi.. (anjing polis)

Physical Examination sebelum buat surgery LDA.. check PING sound

kawah gunung berapi dekat tangkuban perahu...nama dia kawan ratu

dekat puncak..on the way ke bandung

dekat tangkuban perahu..

tangkuban perahu..

sama jugak..dekat tangkuban perahu..


Till then..

May Allah Guide Us In Every Single Step aminnn...

p/s : buka sem baru dah jadi final year student..thank you Allah.. :)

Tuesday, June 4, 2013

cerita...

posted by me..

dikala berkumpul bersama..seronok mendengar kawan-kawan bercerita..mengenai masa depan katanya..mengenai alam perkahwinan..mengenai ciri-ciri lelaki pilihan..mengenai majlis yang di idam-idamkan..mengenai berapa ramai anak yang dimahukan..mungkin ada yang mengatakan "gatal nak kawin dah ke??"..ada juga yang sekadar ketawa..namun bagi aku itu lumrah dunia..usia sudah mencecah 23..ramai antara kawan-kawan sekolah sudah berumah tangga..sudah ada yang mempunyai cahaya mata..yang ber-couple tak usah cerita...dan kami ada yang sudah berasa risau segala...ada juga yang berkata "entah kawin ke tak aku ni?"..oh kawan ingatlah ayat Allah yang bermaksud.. :


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

 55:13
So which of the favors of your Lord would you deny?
 [Ar-Rahman]

Till then!..

May Allah Guide Us In Every Single Step..Aminnn... :)

Sunday, June 2, 2013

semester 8

posted by me...


salam sejahtera ke atas kamu semua...fuhhh..dah masuk bulan baru dah..bulan 6...maknanya ada lagi 6 bulan untuk masuk ke tahun 2014..mak oihh..cepatnya masa..tahu-tahu sem depan dah masuk semester 9 a.k.a jadi final year student..waaaaaaaaa!!..unbelieveable...syukurrrrrr!!!,,, ^_^

lately ni macam-macam cerita ada..ada sedih...ada gembira..ada stress...nak sekarang tengah final exam...tinggal lagi 3 paper..tapi hati dan kepala dah fikir nak balik je dah...huissshhhh...bahaya!!..perasan tak..setiap kali time final exam..time tu la aku post something kat blog...hahahah..nampak sangat mengular nye..

apa pun yang terjadi...dengan izin dari Allah..aku akan habiskan belajar...cari kerja..balas jasa mak ayah..walaupun aku tahu yang aku tak akan mampu balas segala jasa yang dah diberikan since aku dalam perut lagi..but i will do my best..walaupun kadang-kadang rasa give up..rasa malas tu ada je....hehe

so all the best untuk lagi baki 3 paper ni...lepastu cuti seminggu..lepas tu praktikal 1 bulan dekat bogor..lepas tu puasaaaa...yeayy!!..tak sabarnya nak masuk bulan RAMADHAN..so sesiapa yang tak habis ganti puasa lagi..sila ganti dengan kadar segera...take care!..

Till Then,

May Allah guide Us In Every Single Step

Aminnnn... :)

Saturday, May 11, 2013

berkampung di lab??.. @_@

posted by me..

berkampung di lab adalah benda baru yang aku buat semester ni...ini semua gara-gara clinical conference...hoho..*padahal buat last minute..memang la..*.. dengan nak kena cari kes nya..supervisor nya..pendek kata dari A-Z..kami buat SENDIRI...time tula lecturer jadi rebutan..hahaha

mula-mula berkobar-kobar la nak buat pasal swine a.k.a pig..tak nak amik case avian a.k.a ayam... *berlagak*..last-last..buat case ayam jugak...tak pe la..ayam pun ok apa...kan..kan..susah seh!.. 

so tak nak membebel banyak-banyak..sebab semua orang tengah stress buat clinical conference punya case..i wish all the best to all my classmates... PERINTIS!!!... :D

"My Anthem is My Syahadah"-Anthem by Hlovate-

May Allah Guide Us In Every Single Step...aminnn... :)

p/s : tak sabar nak baca novel anthem...

p/s/s: tak selamanya along akan bersama aku..one day..both of us will have our own life..i wish u all the best and always pray for you bro!.. :')


kawan baru...hoho..boleh naik power mata... :p

Friday, March 8, 2013

Waaaa..!!.. :D

posted by me..

hi peeps!..sorry for not updating my blog..heee..i guess nobody's read it..so its ok..i guess..but for this entry i just want to share an article about bio-kelantan exhibition last week..and our association (VETSA) feat faculty is one of the exhibitor..this is good experience for me as an one of the participant..pictures??..next entry i guess..hihi....


Utusan Malaysia.com

click here for more info..

 Till then...

p/s : i'm 4th year student and now in second semester...1 more year to go...such a bless from Allah....may Allah ease everything & bless us as a pioneer student :')

Monday, February 4, 2013

Perjalanan itu..

posted by me..

"perjalanan itu sangat mengasyikkan.." -ayah-

hu hai..jumpa lagi..hehe...now ni dah masuk semester baru..semester 8 tahun 4...ohhoo..tinggal lagi 2 semester..lepas tu graddddd!!!!..aminnnn...semga di permudahkan perjalanan ini dan di kuatkan semangat...ganbatte!..sem baru,memang dah terserlah dah pressure nya..huhu..okeh la kita cerita pasal benda lain..

okeh..kita start dengan gambar dulu..


airport medan...lapangan terbang Polonia



the one & only lovely mom that i always have..


danau toba...tempat yang cantik..sesuai dijadikan tempat untuk honeymoon


tasik dia...


tengok la dalam tak dalamnya danau toba nih..


boluittt...lauk yang aku makan sepanjang seminggu kat sana..


batu tergantung...ada mitos di sebaliknya..tapi aku tak tau..sila tanya inchek google


arwah opung perempuan baru balik haji.. :')

ok..itu antara gambar-gambar yang sempat di capture sepanjang aku kat sana..nak tengok yang lain..sila ke facebook hamba ye..hehe..so ceritanya, aku tak ada la berjalan mana pun kat medan tu...maa banyak di habiskankat kampung ayah aku..perjalanan nak ke kampung je mengambil masa selama 1 hari 1 malam..kira macam jarak dari johor nak ke kelantan..punya la jauh...pukul 8.00 pagi aku gerak..sampai rumah arwah opung pukul 1.30 pagi..fuhhh...gila kentang..jalan dia..masyaAllah..tak payah cerita..dan masa tu aku rasa sangat-sangat bersyukur sebab di lahirkan dan di besarkan kat malaysia.huhu..

wait a minute..mesti ada yang tertanya-tanya apakah maksud word "OPUNG" tuh?..opung means atuk & nenek..family besar kami tak paggil "kakek" ke "atuk" ke.. "oma" ke..kitaorg semua panggil  "OPUNG"..sebab ayah aku keturunan orang mandailing..bukan jawa ye..macam ayah aku kata mandailing tu adalah salah satu suku kaum batak selain batak karo & batak toba..mengikut cerita ayah aku pada asalnya depa ni 3 beradik (batak karo,batak toba,batak mandailing)..tapi berpisah..

yang aku tau batak toba mostly kristian..manakala batak mandailing ni semua beragama islam..that's why masa on the way nak balik kampung tu, masa lalu dekat kawasan perkampungan batak toba, banyak gereja dan sangat susah  nak jumpa masjid..huuuu..oh ye..kampung aku namanya PANYABUNGAN..dan aku adalah generasi yang tak pandai cakap bahasa orang mandailing..bila dorang sibuk bersembang..aku sibuk tidur..sebab dah tak faham..hahahaha.. *teruk*.. dalam perjalanan balik tu sempat la jugak singgah PARAPAT dimana terdapat TASIK DANAU TOBA...tasik dia memang cantik kot...best jugak la pegi sana..hehe...

sampai kampung....ziarah keluarga sana yang aku tak pernah jumpa & kenal...ziarah kubur arwah opung lelaki dan perempuan..tengok gambar-gambar lama..best la..dan ayat yang paling terkesan di hati adalah bila mak sedara aku cakap macam ni :
"kamu berdua ini la yang di tunggu-tunggu sama opungnya..masa opung masih hidup..akhirnya balik jugak.."

dan masa kami balik opung dah takde...uuuuuu....dah lepas ziarah kubur arwah tu,besoknya, aku & abang aku demam..tapi abang aku lagi terserlah la..hehe..dan ayah kata, nak tau demam sebab apa..demam sebab, kena tegur dengan roh arwah..sebab akhirnya cucu depa ni balik jugak..semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmat dan kasih-sayangnya..aminnn :')

dan kat medan pun banyak pegi ziarah rumah saudara mara..ramai sangat kan..nak buat gane..sempat beli barang mana yang patut je..hehe..first time datang kan..ramai nak jumpa..haha..

ok la..panjang pulak karangan BM ni..lain kali kita sambung lagi...semoga tak bosan la ye kawan-kawan..

till then...



comel kan budak ni...hahahahahahaha...perasan.. *dush-dush* :D

p/s : terima kasih la kawan-kawan sbb appoint aku jadi penolong ketua kelas..aku tak reti sangat benda-benda camni..tapi aku cuba la na..



Wednesday, January 23, 2013

JANUARI...

posted by me..

Holla peeps!..long no see u guys...hehe..now i'm at the end of practical's weeks at lab bukit tengah penang...then aku rasa kerja kat lab seronok jugak sebenarnya.. SEBAB RAMAI STAFF YANG SANGAT FRIENDLY DAN BAIK HATI...hari-hari kena motivasi...macam-macam pesanan yang mereka bagi bila dah habis belajar dah start kerja sebagai pegawai nanti...dan aku suka..masuk unit viro,bacti,parasitology, kawalan pencemaran, patology, serology, kesihatan awam vet...semua best tapi viro bosan sikit la..sbb tak banyak keje...but so far ok.. :)

sooo..kat penang..boleh dikatakan hari-hari makan lauk kari..biasa la..mamak kan..tapi aku ok je..pasal,kari dia sedap...and masalah komunikasi tu macam biasa la...selalu berlaku bila mereka cakap laju..hahhaa..tapi so far boleh je adapt..hehehe...

anddddddddd.....jumaat ni fly to kampung ayah...wiiii..cuak pun ada jugak...sebab first time nak pegi sana ni..hope so kami sekeluarga selamat pergi dan selamat balik...so rasanya itu je kot..tak de idea..tapi nak jugak menaip..hahaha.. :)

Till then..

May Allah guide us in every single step...aminnnnn :)


Friday, January 4, 2013

new year resolution??

posted by me..


fuh..fuh..fuh...berabuk dah blog ni..rasa lama dah tak update kan..hihi..sorry..ade sebab kenapa ini semua berlaku :

 1) sekarang tengah final exam ( 3 more papers)
 2) laptop rosak...
 3)busy banyak presentation..
 4) dan bla..bla..bla..ahahaha..

sooo..pejam celik..pejam celik..dah masuk 2013..see..betapa cepatnya masa berlalu..dah now..aku secara tak rasmi sudah berusia 23 tahun...ohhooo...dah 23 tahun dah anak mak ngan ayah ni..lepas ni perangai & cara berfikir perlu seiring dengan pertambahan usia ni.. :)

new year resolution??..same like previous year..to be a better slave, daughter, friend, student & wife (one day but i dont know when)...so sekarang masih dalam perjalanan..kadang-kadang terbehenti..kadang tersasar..but always pray to Allah to keep on right track.. :')..

and for this coming semester break..i'll spend about 2 weeksat lab bukit tengah penang (if accomodation is available) and 1 week at ayah's hometown..wiiii..can't wait to meet with my relative that seems new for me and brother...so just wait & see..

so that's it..till then..

may Allah bless all of us.. :)

p/s : ku lakarkan setiap kenangan di atas kertas...dalam sebuah buku yang di namakan diari.. :)