lpas puas menjelajah kt internet,ni adlh ape yg ak jmpe drpd blog sorg hmba ALLAH ni...juz nk kongsi ngan korg2..tp pnjang skit la..bnde yg bermnfaat..x rugi bce...=)
tanda tanda kematian itu pada peringkat Umumnya yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah seperti berikut:
1. Uban di kepala.
2. Mata dah kabur.
Ustaz telah bermurah hati beri petua-petua supaya mata lambat kabur dengan Izin Allah swt:
a. Lihat dan baca Al Quran sentiasa.
b. Lihat Kaabah.
c. Lihat telaga zam zam. (Dulu bolehlah, sekarang dah tak boleh turun ke bawah tu)
d. Tengok wajah ibu. (Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu.)
e. Tengok laut yang terbentang luas.
3. Pendengaran kurang.
4. Gigi-gigi mula dah goyang dan mula dah nak gugur.
5. Sendi-sendi longgar.
SEMUA TANDA-TANDA dari nombor satu hingga empat ADALAH SELEPAS ASAR.
1. Getaran dari hujung rambut ke hujung kaki. Getaran ini tidak sakit, tidak kerana sejuk atau takut pada apa-apa. Getaran ini rasanya 'enak'. Dan kita macam tak boleh terbuka mulut nak beritahu orang lain bahawa kita alami getaran ini.
Mengikut perkiraan Imam Al Ghazali, melalui pengalamannya, getaran 'enak' ini berlaku 100 hari (one hundred days ) + - sebelum kita mati.
2. Tanda kedua adalah denyutan pada Dahi kita. Bukan denyutan sakit atau migrane. Tetapi tiba-tiba berdenyut. Menurut catatan dari Imam Al Ghazali, denyutan di dahi ini bermakna kita ada + - 40 (forty days) sebelum kematian.
**Juga mulai saat ini, Malaikat maut akan sentiasa berdampingan dengan kita. Izrail tidak lagi akan berpisah dengan kita. Kadang-kadang badan boleh terasa meremang sekali-sekala. Kita akan banyak termenung dan seolah-olah khayal dan berada di alam lain.
3. Tanda ketiga adalah bila Pusat kita berdenyut. Tetapi denyutan ini tidak sakit. Dan denyutan ini akan berhenti bila dalam 7 hari (seven days) bila kita akan dikembalikan kepada yang punya hak mutlak ke atas diri kita.
4. Denyutan kali ini pada Ubun-ubun kepala kita. Ini seolah-olah memberi isyarat Nyawa yang akan dicabut dari Ubun kita. Dan jika ini berlaku bermakna kita ada 3 hari (three days) lagi untuk bertaubat sebelum kisah hidup kita di dunia ini di tutup bukunya.
5. Dan climax tanda mutakhir kewujudan kita di bumi fana ini ialah bila kita rasa dari Pusat ke Tapak kaki kita sejuk yang amat macam ada salji. Jika ini berlaku berpuasalah.
Sebab Izrail seumpama 'malu' bila menjalankan tugas mencabut nyawa orang yang berpuasa dan keduanya menurut Imam Al-Ghazali lagi, untuk menyenangkan orang menyelenggarakan jenazah kita nanti.
ni plak dri sumber lain
100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.
3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.
klu rajin search la lg k...daa...gudluck utk final nnt...=)..salam..