"Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah..Untuk mendapat pahala jihad..Bukan untuk mendapatkan keputusan...Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah...Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.."
"Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah."
"Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu."
"Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu."
"Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah."
"Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita."
"Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu."
Taken from here,you guys should read this[click here & read]
Setelah selesai membaca nukilan tersebut,terdetik di hati kecilku,mungkin ini semua ketentuan yang telah di tetapkan oleh Allah..ada hikmah di sebaliknya..mungkin sekarang hikmah tersebut masih belum kelihatan dan tidak dapat di terjemahkan oleh mata kasar kita...dan setinggi-tinggi kesyukuran sepatutnya di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana menjadi insan terpilih untuk melalui serta merasai peristiwa tersebut..tapi tidak lah bermakna,aku hanya menyerah kepada takdir semata-mata tanpa adanya usaha..usahalah semampu mungkin,tetapi jangan sesekali jadikan,banyaknya usaha kita itu sebagai penentu kejayaan kita..alhamdulillah ya Allah..alhamdulillah..
Allah dah bagi kita macam-macam nikmat..nikmat yang tidak terhitung nilainya..dan apalah salahnya,sekali sekala DIA menguji kita...ujian yang di berikan bukanlah untuk menghukum..tetapi ianya lebih kepada,tanda peringatan serta sayangnya pencipta kepada kita..maka,berbesar hati serta berbahagia lah kita andai menjadi insan terpilih di uji oleh ALLAH..kekasih Allah lagikan di uji..inikan pulak kita,sebagai hamba..
mungkin ada yang mengatakan "cakap senang lah.."..ya..memang senang untuk berkata-kata..dan akan menjadi susah apabila kita berada di dalam situasi itu..dan aku sendiri sudah mengalaminya..maka aku berani berkata sebegitu...berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...pernah sekali aku terfikir,
"ya Allah,andai kejayaan itu bakal menjadikan aku hamba yang makin jauh dariMU,maka KAU berikanlah aku kegagalan andai kegagalan itu menjadikan aku hamba yang sentiasa dekat denganMU..tetapi andai kejayaan dan kegagalan itu menjadikan aku hamba yang sentiasa dekat denganMU maka KAU berikanlah kedua-duanya supaya dapat aku merasai erti manisnya sebuah kejayaan dan menjadi insan yang kuat andai berlakunya kegagalan"
oleh itu yakinlah dengan janji Allah..firmannya di dalam surah al-Insyirah yang bermaksud :
"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
[ayat 5-6 : surah al-insyirah]
May Allah Bless All Of Us.. :)
p/s : Terima Kasih Ya Allah..Kau telah membuatkan aku sedar serta terjaga dari lena & igauan semalam..