PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Monday, July 2, 2012

Movie..

posted by me..




taken from google images

few days ago..i got chances to watch this movie entitle 'Kingdom Of Heaven'..dannn..sebenanrnya cerita ni dah lama dah keluar..since 2005 lagi..tapi sekarang baru berpeluang untuk tengok..dan komen aku adalah...SUPERB!!..cerita ni sangat best...mengenai tentera islam yang di ketuai oleh Salahudin al-ayubi berjaya mengalahkan tentera kristian di dalam perang salib untuk mendapatkan semula Baitulmaqdis atau dalam cerita ni dorang panggil Jerusalem. Masa tengok cerita ni,aku rasakan seperti aku melihat perang itu secara live..masyaAllah..sungguh bersemangatnya tentera islam masa tu..susun atur strategi yang bagus..dan Salahudin bertindak bijak dengan berunding terlebih dahulu dengan pihak musuh..sama ada mereka nak teruskan peperangan atau menyerah kalah..bila pihak musuh memilih untuk berperang...maka bermula lah peperangan selama 3 hari 3 malam..dan pada hari berikutnya Salahudin tanya lagi nak menyerah kalah atau pun tak..akhirnya tentera musuh mengatakan mereka menyerah kalah..sebab dah banyak rakyat yang terkorban..dan masa tu Salahudin berjanji tidak akan mengapa-apakan kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan tahanan perang..masyaAllah..dekat situ nampak tak betapa islam ni adalah agama bersikap tolenransi walaupun dengan pihak musuh sendiri..dan masa kemenangan tentera islam tu,aku rasa sebak kot dan merasakan betapa susahnya kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W) dan para sahabat berperang pada zaman dulu demi menegakkan agama islam..

baca sinopsis cerita di sini [klik sini]

yeah..mungkin ada yang kata,cerita ni ada ubah sikit..aku pun rasa macam tu..tapi takpe..mana yang baik kita ambil..yang tak baik tu..letak tepi tak pun buang jauh-jauh...so kawan-kawan..mana yang tak tengok lagi tu..tengok la cerita ni..kat you tube ada...cerita ni cerita mat saleh yang buat..so for sure ada adegan yg tak sepatutnya..so sila lajukan time kat bawah tu eh..

Till Then,

"Kita (tentera musuh) berperang hanyalah untuk mempertahankan harta & negara..tetapi mereka (orang islam) berperang kerana agama...pastilah mereka sanggup mati demi mempertahankan agama"
-Balian-

May Allah Bless All Of Us.. :)
Wassalam

p/s : kalau ada tersalah info..sila perbetulkan..and siapa yang dah tengok..boleh la drop komen kat bawah..nyatakan pendapat anda.. :)