PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Friday, April 15, 2011

mai sini baca sikit....

posted by me..

assalamualaikum...pe cita korang ari ni??..aku da ok da sikit dari dirundung kesedihan...hati ni da boleh terima da...kali ni aku rasa macam berminat nak cerita pasal COUPLE....sebelum tu,ingat aku tegaskan di sini,ini hanyalah sekadar pandangan secara personal dari aku...so,jangan pulak nak hangin2x bila baca..setiap orang ade pandangan berbeza..so sila terima...

okeh..kenapa dengan couple???..ade masalah couple ke ko???..org couple ni jahat ke???..cop2x..sabo dulu...kita jawab satu2x...personally aku tak berapa suka...aku xde masalah couple..sebab aku tak pernah ber-couple...aku tak kata pun org yang bercouple ni jahat..okeh..pernah tak korang terbca pasal ayat nih...firman ALLAH:

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا

Wa Lā Taqrabū Az-Ziná 'Innahu Kāna Fāĥishatan Wa Sā'a Sabīlāan


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.(al-isra' surah 17 ayat 32)

cop2x...tapi kami tak melakukan zina...okeh sila pahamkan ayat ter-sebut betul2x...maksud ayat tersebut "jangan la kamu MENDEKATI zina"...bukannya "jangan la kamu ber-zina"...terdapat perbezaan antara dua maksud tersebut....apa kaitannya dengan couple...couple itu adalah salah satu jalan yg mendekatkan kita kepada zina...

eh2x..tapi kami couple..tak pegang tangan..tak sentuh apa2x pun..ada pulak yang kata,kami tak jumpa / dating langsung...sekadar mesej je....ada pulak yang kata,kami couple islamik,mesej kami pun semua ber-unsur dakwah...bagi hadis,kejut bangun subuh semua la(caranya baik dah..tapi kena ingat,matlamat tidak menghalalkan cara)

memang kamu tak buat tu semua...memang dapat kawal anggota..but most important kamu kena ingat,kamu dapat kawal ke dari melakukan 'zina hati'...ini la yang paling susah nak di jaga..apakah yang dikatakan zina hati...zina hati tu,bila kamu terasa merindui dia,kamu ter-ingatkan dia..memikirkan dia..terbayangkan dia...

'eh..normal la kan...manusia..lelaki ingat kat perempuan..perempuan ingat lelaki..xkan nak ingat kepada yang sama jantina kot??'...boleh je ingat sama jantina tapi tanpa ade nafsu la...ter-ingat akan saudara seagama sendiri..x salah kan.'eh..perempuan tu bukan saudara seagama ke???'..saudara seagama jugak..tapi bila kamu ter-ingat pasal perempuan,maka syaitan akan cuba untuk memesongkannya...maka lain la yang akan kamu ingat....

normal la bagi kita sebagai manusia..ade perasaan ingin di cintai..di kasihi...tapi caranya tu tak betull..kan ALLAH da sediakan jalan yang menghalalkan per-hubungan tu semua...iaitu kahwin...tapi kahwin tu bukanla semudah itu...berat tanggung jawabnya...'tapi kita x kenal hati budi dia..camner??"....haa..itulah gunanya pertunangan..ber-tunang tu adalah di mana sesi ta'aruf(suai kenal) bermula...itupun still ade hadnya,sebab dia masih tidak halal bagi kamu...bila da betul2x yakin + bersedia..teruskan ke langkah yg seterusnya..iaitu kahwin...ber-cinta selepas kahwin amatlah indah..sebab semuanya dah halal bagi kamu...

waaa..panjang lebau kot ko explain...huhu..ini apa yang aku tau la..sebab aku sendiri pun pernah juga rasa nak ber-couple masa sekolah dulu...sebelum aku pindah sekolah..tengok kawan2x macam best je...sebab masa tu,aku tak tahu yang couple ni tak boleh...bila aku dah tau,makin lama makin jauhlah isu couple ni..sbb dulu aku masih dalam lingkungan suasana pen-tarbiyah-an yang best....sekarang muncul balik....n dulu jugak aku sering bagi alasan,aku tak nak couple sbb nak fokus study...sampai kawan aku kata,tak couple x dapat 4 flat pun ko...sampaila 1 day,aku dapat alasan yang kukuh..sebenarnya,aku nak jaga hati aku dari semua ni..

dan jangan sesekali anda menggunakan alasan,anda ber-couple,sbb anda nak ubah dia..no..no..no..salah sama sekali..matlamat tidak menghalalkn cara...sebabnya,if dia perempuan,ramai ustazah2x / naqibah2x /akhawat2x yang boleh bimbing dia..if dia lelaki,ramai ustaz2x /naqib2x/ikhwan2x yang ada...itu adalah lebih baik...

mcam mana nak elakkan???..senang je..doa banyak2x...dekatkan diri pada ALLAH..perbanyakkan amal ibadah..sibukkan diri dengan perkara2x yang ber-faedah...kalau rasa gusar,baca surat CINTA DARI NYA...insyaALLAH tenang....hati yang keras,boleh di lembutkan..hati yang hitam boleh di bersihkan...banyak cara..salah satunya,istighfar + doa banyak2x.....punca hati mati,[sila klik di sini]...

okeh la..rasanya ni jer kot...panjang lebau da nih...di harap anda tak bosan membaca...semoga kita semua di pelihara olehNYA...assalamualaikum...

p/s:tidak ada kena mengena dengan sesiapa....sekadar pendapat sahaja.....jikalau ada kesalahan di mana2x..sila lah bagi teguran kerana saya juga manusia biasa...masih kurang lagi ilmu di dada...

p/s : baca al-quran,ber-serta tafsirnya...^_^