PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Sunday, June 10, 2018

Berhabuk

Posted by Me


wahhhh..lama gila tak update blog..last update last year..setahun dah rupanya berlaku...macam-macam perkara berlaku.. so far i enjoy my life..working as a vet dekat jabatan kerajaan..belajar macam-macam perkara..kenal bermacam-macam orang berserta ragam..ada yang ok..ada yang suka menyusahkan hidup orang lain..but nevermind..nama pun kehidupan kan..mana ada yang indah sentiasa..

oh by the way, lately ni ada jugak la beberapa orang PM aku tanya pasal course vet, lepastu tanya course apa yang sesuai nak di ambil..frankly speaking aku bukan la tau sangat pun course apa yang ok apa yang tak...ikut la apa yang korang minat..jangan lupa tanya pendapat mak ayah juga..kalau tanya pasal course vet dekat umk boleh la aku cerita sikit..itu pun based on masa zaman aku dulu la..la ni ada yang dah berubah..mana yang aku tau boleh la aku story..hahahaha..just incase korang ada apa yang nak ditanya boleh hantar dekat email aku kot cyanobacteria90@gmail.com ..kalau komen dekat sini nanti aku tak perasan.. lepastu jarang buka blog ni..papehal email je..jangan email minta duit dah la..aku bukannya kaya mana pun..hahahaha

so jumpa lagi next time..mungkin aku ada cerita menarik yang boleh aku kongsi...mungkin.. till then


Salam



Saturday, October 14, 2017

Sandiwara dunia..

"Biar apa terjadi..biarkanlah ku tanggung sendiri.."-Xpose Band (Sandiwara)

Cliche sangat tajuk. Tapi aku rasa pernah mengalami keadaan tu dan rasanya semua orang pun pernah mengalami. But nervermind itu semua pengalaman hidup. Pengalaman yang mematangkan pemikiran dan usia untuk kita mengenal sikap manusia. Susah sebenarnya nak move on, but once dah move on kau akan rasa, no point untuk sedih dengan benda yang dah lepas dan bersyukur atas apa yang dah berlaku dan husnuzzhon dengan yang DI ATAS sana. Ada sebab benda tu berlaku. Ada hikmah disebaliknya.

Ambil masa sehari dua untuk bersedih tu tak apa. Sebab memang sakit rasanya. Tapi jangan berlarutan. Kau ada hidup yang perlu diteruskan, ada cita-cita yang perlu dicapai, ada insan yang lebih penting yang lebih memerlukan kau, ada insan lain yang lebih menghargai kau, ada insan lain yang perlu kau bahagiakan. Siapa lagi kalau bukan keluarga kau sendiri.

so MOVE ON..dan ingat satu benda, tuhan itu sentiasa ada untuk hambanya...berdoa pada dia

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu."-Surah Ghafir : Ayat 60

Till Then

Wednesday, February 25, 2015

Dah Lama Tak Jumpa

Posted by me

Hi u olsss....lama gila rasanya tak update blog ni..berhabuk dah...hahaha..kesian dia..apa perkembangan terbaru?..alhamdulillah aku dah di daftarkan sebagai Doktor Veterinar yang sah, dah bergraduasi dan dah bekerja jugak..banyak sebenarnya cerita dia..tapi tunggu masa free ek..aku tulis ceritanya..so buat masa sekarang, ini je la kot..nanti sambung ek..ok bye..

Till then

Wednesday, July 2, 2014

2014

posted by me


2014..tahun yang bermakna..sebab :

- First batch vet student UMK, seramai 38 orang lulus comprehensive exam. Exam yang buat kami makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..senang cerita serba serbi buat tak kena..berapa lama prepare??.. 2 minggu je..tapi yang sebetulnya buat revision, 1 minggu je...masa tu tuhan je tau susah hatinya macam mana..dengan clinical rota + fyp + program subjek entrepreneur..semua jalan serentak..mula-mula rasa stress..but the end, Allah tu maha tahu kan yang hamba dia mamu ke tak nak pikul semua ni..tapi Alhamdulillah.semuanya berjalan dengan lancar.. :)

- Our first classmate kawin..rightly after result comprehensive exam keluar..memang tak sangka la..pandai dia simpan..apa-apa pun barakallahu fikum untuk anda.. :)

- First time after 7 years, dapat sambut first ramadhan dengan keluarga..start masuk sekolah asrama lagi sampai tahun lepas..sambut ramadhan sebagai anak perantau..Alhamdulillah.. :)

- First time jugak sambut ramadhan dengan ahli keluarga baru..iaitu kak ipar chek..so rasa bahagia la sebab dah ada kakak..ada kawan gosip..ada tempat bercerita..so sukanyaaaa... :)

- Tahun ni first time jugak mak dengan ayah kena attend 2 majlis convocation..satu along punya dekat UPM sebab dah habis master..satu lagi saya punya dekat UMK sebab dah habis degree..Ahamdulillah.. :)

Bertepatan la dengan firman Allah dalam surah Ar-rahman yang bermaksud :

" Which of the favours of your Lord would you deny"

sebenarnya banyak lagi..tapi ni je yang ingat..hahaha...so i wish all the best to my 38 precious classmates..panjang umur kita jumpa masa angkat sumpah nanti..then jumpa masa konvo sekali lagi..lepastu bertebaran lah kita di atas muka bumi Allah ni.. :)


Till then..

p/s : tiada pesanan untuk sementara waktu..

Thursday, January 2, 2014

"Segalanya untuk Ummah"


 
"Bintang Syurga-Raqib Majid ft UNIC"

Lately ni..lagu ni sangat terkesan di hati..setiap kali dengar..air mata mesti nak keluar..dan lagu ni sebenarnya "Tribute to Ahmad Ammar"..Ahmad Ammar..insan yang hebat...satu kematian yang mampu menyentuh semua jiwa..siapa yang mengikuti cerita pasal dia sama ada di you tube atau fb akan tahu bagaimana hebat nya anak muda yang baru berusia 20 tahun ni..telah kembali ke rahmatullah baru-baru ni..

"Kau kenal ke Ahmad Ammar ni??"

Jawapannya tidak...sebelum berita tentang kematian beliau tersebar..aku tak kenal pun siapa dia..tapi selepas aku tengok video yang GPTD (Group Penjejak Tamadun Dunia) buat haritu..then aku dari situ aku tersedar.. "selama 23 tahun akuhidup..apa yang aku dah sumbangkan untuk ummah?..apa yang dah aku sumbangkan pada diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa??"..setelah sekian lama, persoalan tu timbul selepas aku tengok video tu..then dari situ aku start explore every program yang dorang buat untuk "Almarhum Ahmad Ammar" ni..nak pergi tak kesampaian..

dan dari  video-video yang aku tengok, terlalu banyak benda, ilmu serta semangat yang aku dapat hasil perkongsian dari keluarga Almarhum dekat you tube..satu perkara yang sangat terkesan adalah :

"tak kan pernah wujud perkataan rehat dalam hidup seorang muslim..rehat tu akan tiba bila kita mati nanti"

itu adalah ayat yang di keluarkan oleh Ammar semasa hayatnya kepada abahnya (Tn Hj Ahmad Azam)..so dari ayat tu jadi semangat untuk aku fokus masa study week hari tu..bila nak malas-malas je..pasti aku akan ingat balik ayat tu..so terus tak jadi malas dah...

dan lagi satu bila keluarganya bercerita tentang bidang yang di pilih, universiti yang di pilih, negara yang di pilih. Almarhum Ahmad Ammar ni belajar dekat Turki, dalam bidang sejarah..mengkaji tamadun khilafah turki uthmaniyyah..walaupun sebenarnya beliau pelajar cemerlang aliran sains..dan mengikut kata keluarganya, univeristi yang di pilih adalah universiti yang di iktiraf oleh malaysia..malaysia je tak iktiraf...tapi universiti tu hebat..Ammar pernah tanya dekat parents dia

"Bila habis belajar nanti Ammar nak kerja apa"

Dan abahnya membalas:

"Abah tak tau Ammar akan kerja apa..apa yang abah tau ammar pergi sana cari ilmu.. jadi orang yang hebat..rezeki Allah tu ada di mana-mana..bila dah jadi orang hebat, kerja tu yang akan cari kita..biarlah berapa lama pun kena belajar"

Dan masa tu juga hati aku tersentap sekali lagi..ya Allah..selama ni niat belajar, habis nak cari kerja..tu je matlamat nya..so lepas ni kena betulkan niat balik..belum terlambat lagi rasanya..Allah..Allah..

banyak lagi sebenarnya perkongsian yang di kongsikan oleh keluarga almarhum..kalau nak tahu cari lah kat you tube..banyak..dengar sendiri..baru jiwa tu rasa tersentuh,,sampai tahap menangis..dan aku akui..tiap kali tengok video pasal Ammar ni, air mata asyik nak keluar je..dan aku tak tahu kenapa..

Betulkan niat, paradigma hidup dan betulkan segalanya..ikhlas dalam melakukan apa sahaja..biar orang tak tahu..biar Allah sahaja yang tahu..bukanlah aku mengidolakan Ammar..tidak..tapi semangat dia akhlak dia tu yang kita ambil..supaya kita semua jadi manusia hebat yang ada "Ummatik spirit"..segalanya untuk ummah...

Dan masa nak start final exam hari tu "dia" pesan dekat aku "Mumtaz untuk ummah"..

"Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
  
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya"

-Bintang Syurga :raqib majid ft unic-

TILL THEN...

P/S : SEGALA CERITA PASAL SEHIDIMIZ AHMAD AMMAR NI AKU DAPAT MELALUI VIDEO-VIDEO PERKONGSIAN DARI KELUARGA BELIAU DI YOU TUBE..SEGALA SALAH SILAP HARAP DI MAAFKAN..

SEGALA INFO BERKAITAN PROGRAM ATAU APA SAJA YANG BERKAITAN ADA KAT PAGE NI



Saturday, December 14, 2013

Masa pantas berlalu...

posted by me..

"Masa tak ada masa nak buang masa dengan kita"..

seeee...kan betul..pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan 12..ni pun dah masuk pertengahan bulan 12..semester 1 tahun 5 pun dah nak habis...next week minggu last rotation..then study week..lepas tu final exam...sangatttttt cepat masa berlalu...suka pun ye..takut pun ada..yela..bulan 1 lepas final..ada external exam..dengan council..pfffttttt....nervous..tak tau siapa la yang akan jadi the choosen one tu...

papepun all the best untuk my classmate..rasa macam sekejap je dah 5 tahun.kita ada masa 6 bulan je lagi nak tengok muka masing2x..lepas tu bawak haluan sendiri dah...soo..

"TO ALL MY BELOVED FRIENDS..I WISH U ALL THE BEST IN WHATEVER YOU DO..." :)

Till then..

p/s : bila datang soal hati dan perasaan..apa yang aku boleh buat adalah..tawakkal, perbaiki diri dan berdoa..that is it... :)


Tuesday, November 12, 2013

For whom it may concern..

posted by me


one of good friend of mine post this on facebook..i comment on her,,it just like to tease her..in return she said "khas untuk kau"..and i said thanks to her..you know what she reply to me " in return...hantar kad kawin cepat2x.."...oh my...kena sebijik..hahaha..by the way i copy paste back what she posted oh her fb's wall.. :


Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
A school where you will never graduate. 
A school without a break or a free period. 
A school where no one is allowed to drop out. 
A school which you will have to attend every day of your life. 
A school where there is no sick leave or holidays. 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be. 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue. 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
Its your choice today:” build it or break it”. 

such a good advice.. thanks friend.. :)

Till then..

May Allah bless each of us.. :)

p/s : to my "Inchek Right" which i don't know who..please take care of yourself..you always in my prayer..see you soon..insyaAllah.. :)

p/s/s : sempat lagi berjiwang karat..padahal besok ada clinical conference..wish me all the best,,,rabbi yassir wala tu 'assir..

p/s/s/s : one of du'a that "someone" gave to me.. "Rabbuna Maana...
Hasbunallahu Wani'mal Wakiil, Ni'mal Maula Wani'ma Nassiir..." :D