PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Tuesday, September 3, 2013

Cinta..

posted by me..

Cinta...
 Apa yang kau faham tentang cinta..
Satu perasaan suci anugerah yang Maha Esa...
Yang mampu membuat manusia sedih menjadi gembira...
Yang mampu membuat manusia lemah menjadi perkasa..
Hanya kerana cinta..
Ianya juga mampu membuat suka menjadi derita...
Yang waras menjadi gila..
Seperti Majnun & Laila.....
Kerana fahamnya mereka hanya cinta kepada manusia...
Dianggap cinta itu sekadar untuk suka-suka..
Tidak di arahkan mengejar CINTA yang Maha Kuasa...
Kerana jika kau mengerti...
Itulah yang pertama..
Kedua cinta Kepada Rasulnya..
Ketiga cinta kepada kedua ibu bapa..
Keempat cinta kepada saudara seagama...
Jika yang pertama dapat kau raih maka DIA akan permudahkan semuanya...
Jika ada yang bertanya..
Adakah aku sendiri tidak pernah merasa perasaan cinta..
Perasaan mempunyai teman berlainan jantina...
Pernah..jawapan aku pernah kerana aku juga manusia...
Fitrah semulajadi tertarik dengan berlainan jantina..
Tapi siapa aku untuk meminta-minta..
Andai diri masih tidak mampu menjadi sempurna..
Andai agama masih ada lubangnya..
Andai lapisan iman masih ada cariknya...
Mana mampu aku untuk bermimpi mendapat yang sempurna..
Kerana Tiada manusia yang sempurna melainkan DIA..
Maka ku simpan rasa ini di dalam dada..
Kerana aku manusia yang takut pada kecewa...
Mungkin masanya belum tiba...
Kerana setiap apa yang berlaku sudah tertulis secantik-cantiknya..
Tidak akan lambat atau cepat perkiraannya..
Ianya akan tiba tepat pada waktunya..
Maka pesan kepada hati..bersabarlah kerana itu semua ada hikmahnya..

Nukilan,
Diri ini yang tak sempurna..

May Allah Guide Us In Every Single Step..Aminnn... 

p/s : semester baru dah nak bermula..sila berusaha..ganbatte!!..

No comments:

Post a Comment