PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Thursday, November 15, 2012

Ya Allah.. :'(

posted by me..


Ya Allah..
dengan hadirnya tahun baru..
maka aku juga ingin menjadi yang 'baru'..
tapi mampukah aku.??..

Ya Allah..
aku mohon..
bawalah perasaan ini jauh ..
jauh dari aku..
sejauh mungkin...
sehinggakan aku merasa ianya susah untuk di cari kembali..
jangan pernah sekali pun aku berfikir atau terfikir tentang dia...
kerana..
acap kali aku terfikir...
jiwa ini sakit ya Allah..
jiwa ini jadi lalai..
khayal dengan dunia...

bantu aku Ya Allah..
cukuplah keluarga...kawan-kawan..dan engkau ya Allah..
jangan pernah hati ini terisi dengan perkara lagha ya Allah..
cukuplah..
hati ini terseksa kerana dunia...
terlalu memikirkan manusia..

biarkan ia menjadi kenangan masa silam dan terbang bersama angin lalu..

ya Allah..bantu aku ya Allah.. :'(((


Friday, October 26, 2012

Jabal Rahmah..

posted by me...



Taken from Google images


Salah satu tempat yang saya teringin nak pergi..Jabal Rahmah..Jika anda tahu,berdasarkan sejarah Jabal Rahmah adalah tempat di mana tempat pertemuan Adam dan Hawa yang terpisah selama lebih kurang 100 tahun setelah di turunkan ke bumi oleh Allah S.W.T .. and i have a dream.. i want to go there with family & my ADAM a.k.a MY IMAM, MY SOULMATE..InsyaAllah... :')

Till then..

p/s : to IniAnwarHadi's & Matluthfi's Fans..you have some job to do by clicking this link http://www.shoutawards.com.my/2012/shout-aloud-award.aspx and vote for them and you also can voting for another category... peace :)

Wednesday, October 17, 2012

Harapan.. :)

posted by me..

In The Name Of Allah, Most Gracious Most merciful

setiap hari...
dalam sujud dan doa..
sentiasa berharap segala yang terbaik untuk semua..
setiap hari..
walaupun ada yang memandang,harapan itu sangat tipis..
tapi..
selagi nyawa itu masih ada..
selagi percaya dengan janji-janjiNYA..
harapan itu akan terus mekar..
bahkan bukan sekadar harapan..
dengan izin Allah..
dengan limpah rahmat dan kurniaNYA..
harapan itu pasti akan menjadi kenyataan..
percayalah..
yakinlah..
dengan JANJI MAHA PENCIPTA..
pasti ada hikmah di sebaliknya...

Till then..

p/s : "siapakah aku untuk meraih cinta manusia..selagi cinta pada MAHA KUASA masih belum dapat ku raih.."..-kata-kata dari seorang sahabat.. -_-

Saturday, October 6, 2012

jangan sedih :)

posted by me


ihsan dari inchek facebook.. :)

setuju dengan budak kecik tu.."Mama marah sebab dia sayang kita.."..Mama nak kita jadi anak yang baik..sebab tu la dia marah..sama jugalah dengan Pencipta kita..bila DIA nak tegur kita,dia bagi kita ujian..supaya kita ingat..supaya kita selalu buat amal kebaikan...Allah tak nak kita pilih jalan yang salah..so La Tahzan!..Innallaha Ma'ana.. :)

Till Then

p/s : raya haji,balik rumah.. :D






Friday, September 28, 2012

Perancangan Allah itu indah sebenarnya.. :')

posted by me..

In The Name Of Allah,Most Gracious Most Merciful


3rd week in new sem..whoaaa..memang mencabar kot..belajar pasal disease..1 hari kena hadamkan sekurang-kurangnya 7 disease per animal..ha ko kira animal ada berapa..#acewahh..gitu kan..tapi menarik sebenarnya..setakat ni yang berjaya memancing minat aku adalah belajar pasal avian diseases..sebab..lecturer dia best!!..semuanya molecular...aku suka!!..cuma yang tak sukanya,benda yang dah belajar pun aku boleh lupa...hadoii..kena revise balik...

VWW a.k.a Vet Welcoming Week..first program yg kami warga-warga SDV_4 jalankan untuk junior baru..kira macam orentasi jugak la..tapi versi budak2x vet..so far bestla jugak..sebab dapat kenal muka-muka baru...so program ni jadi program tahunan..fasilitator nya semua budak-budak SDV_4 la...hehe..

AGM Vetsa..pun dah sudah..and tahniah la chek roomate sebab telah dilantik menjadi miss president..and congrats also to other comrades...kami semua percayakan anda.. :)

Aku??..maintain macam dulu...bergerak secara underground je...yeah..i know..aku bukan student yang menyerlah sangat dlm bidang akademik...aku try intai peluang-peluang lain..so utk baki-baki tahun yang ada ni..i'll do my best as i can..mungkin rezeki aku ke arah lain..who knows..at least, HE give me chances to learn something new..something yang aku sendiri tak pernah terfikir pun nak belajar..bagi peluang untuk aku perbetulkan balik kesilapan sendiri...kenal kawan-kawan SDV_4 and SDV yang lain..susah senang sama-sama...sedih sama-sama...Allah dah susun cantik je perjalanan hidup hambanya..Alhamdulillah..

Till then.. :)

p/s : rezeki Allah tu luas,..so jangan risau.. La Tahzan.. 

Saturday, September 15, 2012

everything new...

posted by me

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Alhamdulillah..akhirnya settle jugak semua aktiviti untuk short sem..aktiviti kat sini bermaksud Latihan Industri, Presentation dan perpindahan ke tempat baru..penat tu memang penatla..tapi nak buat macam mana kan..dah jalan ini yang aku pilih..maka ACCEPT IT!!.. ^_^

sekarang ni dah masuk sem baru..sem 7..so in other word, new sem, new spirit, new place and new person..yeah!..*Semangat betul..haha..*..so bila dah kira-kira ada baki lagi 2 tahun lagi nak habis pengajian..so bila dah tahun 4, dah start buat perancangan hidup dah..perancangan hidup di sini bermaksud  perancangan selepas graduate..nak buat apa..no more termennung-termenung..berangan segala..sekarang ni kena jadi serius..*serius la sangat kan..*..lagipun umur dah 22 tahun..lagi beberapa bulan nak 23 tahun dah..*itupun kalau sempat*

tak de apa sangat yang nak di cerita..1st week of new sem ni, class pun tak start lagi..sibuk dengan presentation,report, log book segala..so isnin ni baru start class..untuk sem baru ni, belajar pasal disease je..cuak seh..semoga Allah permudahkan segalanya...aminnn.. :)

GANBATTE KUDASAI LAILI SAN!!..

Sayonara.. :)

p/s : be yourself

Friday, August 31, 2012

seminggu terakhir.. ^_^

posted by me..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..next week adalah minggu last berpraktikal..dan lepas tu pulang ke kelantan..sambung lagi pengajian..untuk tahun yang ke-4..macam tak percaya kan..dah masuk tahun 4 dah..tapi masa nak check jadual..dorang tulis (SDV 1, SDV2, SDV3, SDV4 )..wah!,,dah 4 generasi dah..hehe..

ok lah...untuk entry yang lepas aku kata aku nak cerita something yang menarik kan..ahha..meh sini nak cerita sikit..untuk LI kali ni,peristiwa yang sama macam LI tahun lepas berulang lagi...cuma berbeza bangsa la..kalau dulu melibatkan bangsa melayu..kali melibatkan cina dan india..dan haiwan juga berbeza...hehe

setiap kali ada owner(non-malay mostly and of course la bawak anjing) datang klinik..mereka pandang kami dengan muka pelik..sebab kami bertudung...macam2x dorang tanya..dan paling lawak adalah ini:

uncle A : err..nak tanya sikit..awak ni melayu kan?
Me : aah..
uncle A : boleh pegang anjing ke??
Me : boleh..
Uncle A : kenapa ada melayu kata tak boleh??
Me : boleh pegang sebenarnya..tapi ada tujuan..dan lepas tu kena bersihkan la..

dan banyak lagi situasi yang kami alami sebenarnya..dan dari situ sedikit sebanyak aku dapat mempelajari serta memahami mentaliti masyarakat kita masa kini..and mungkin akan ada yang kata...biar betul kau ni..bukan ke pegang anjing tu haram??..ok..cuba baca & fahamkan something di bawah ini :



Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah”. kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”.(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

haaa..kan..yang haram adalah memakannya..dan aku ada terbaca satu artikel tu yang mengatakan HARUS MEMEGANG HAIWAN TERSEBUT TETAPI UNTUK TUJUAN TERTENTU SAHAJA..CONTOH MACAM NAK MERAWAT HAIWAN TERSEBUT LA..TAPI LEPAS PEGANG BERSIHKAN MENGIKUT APA YANG TELAH DI TETAPKAN DALAM AGAMA..soo..sila betulkan mentaliti kita...tujuan kami pegang adalah untuk merawat sahaja..bukan sengaja suka-suka...ok..that's it..untuk lebih lanjut..sila google atau tanya kepada yang lebih arif..

Wassalam...

Till Then..

May Allah Bless And Guide Us In Every Single Step..Ameennn.. :)

p/s : ada lagi cerita menarik..kemudian nanti aku cerita... :)

p/s/s : brainstorm.. 

Friday, August 17, 2012

seminggu sudah..:)

posted by me..

alhamdulillah..seminggu sudah selesai berpraktikal..ada lagi baki 3 minggu..walaupun baru seminggu..tapi rasa seronok..sebab klinik and dr semua best!!..banyak nasihat yang di beri..hari-hari kena motivasi...memang seronok la..and untuk LI kali ni pun ada cerita yang menarik..sama macam praktikal tahun lepas jugak..something mengenai persepsi masyarakat...nak tau apa dia??..tungguuuuu...hehehe..

well di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa,selamat beribadah & selamat hari raya aidilfitri..mohon maaf zahir dan batin.. :)


ni patient kami.. (taken from google images)


ini pun patient kami jugak.. (taken from google images)



"We treat..Allah heal.."

Thursday, August 9, 2012

tik tok tik tok..

posted by me..

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

berada di fasa terakhir dalam bulan ramadhan..masyaAllah..cepatnya masa berlalu..tahu-tahu ramadhan dah sampai penghujungnya...oh ya..aku baru je selesai menghabiskan semester pendek 2011/2012 dengan jayanya...Alhamdulillah..walaupun aku tak berapa nak confident dengan apa yang aku jawab untuk paper Asas Keusahawanan & Hubungan Etnik..dah la untuk paper AK aku careless sikit..uuuu..tak pa la..benda dah lepas...lepas ni fokus pada LI pulak..lagilah cuak kan..dengan tak prepare apenya...masuk klinik..brrrr..cuak...may Allah ease everything..

okeh lah..selamat beribadah untuk anda-anda semua pada 10 malam terakhir ni...kerana di dalam 10 malam terakhir ni terdapatnya 1 malam..dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan..malam itu adalah malam al-qadr...semoga kita menjadi insan yang terpilih..insyaAllah.. :)

May Allah Bless All Of Us.. :)

Till then...

p/s : duduk rumah memang best!.. :D

Tuesday, July 31, 2012

11th Ramadhan

posted by me

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th " -Contengan Jalanan by Hlovate-

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang di kurniakan..terutama nikmat agama yang telah di berikan..pejam celik..pejam celik...dah 11 ramadhan dah..bermakna kita sekarang berada dalam fasa ke-2 bulan ramadhan..iaitu fasa keampunan..maka manfaatkanla baki-baki ramadhan yang masih ada ni..bila masuk ramadhan salah satu cerita yang saya ingat adalah..novel "Contengan Jalanan" karya Hlovate...cerita ni sangat-sangat menarik..especially fend punya part..bermusafir..pada bulan ramadhan..mencari sesuatu yang diperlukan dalam hidup..dia punya segala..tapi masih berasa ada yang kurang..akhirnya ambil keputusan bermusafir bersama sepupu dia ke australia..bermusafir pada bulan ramadhan mencari kembali arah serta tujuan hidup..seriusly..banyak benda yang dapat saya belajar dari cerita ni..tambahan Hlovate adalah penulis novel favourite saya..saya dan kawan saya merupakan pengumpul novel hlovate..teheee...nak tahu lebih lanjut..bacalah novel ni..dan novel-novel yang lain..macam versus, rooftop rant..novel-novel tu memang menceritakan mengenai seorang hamba yang nak berubah...bacalah..



 "contengan pengalaman perjalanan cari tuhan"

I - Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - 
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.


Taken from here [klik here]

......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....

Kisah mengenai Minn Edina a.k.a Ed Sassin..disebabkan wasiat arwah datuk, hidupnya berubah 360 degree..dari budak street berubah kepada budak bertudung, baju besar, jeans besar..berubah segalanya..begitu jugak dengan Ashraff Omar a.k.a AO..budak street yang stylo..pada awalnya berubah kerana Minn Edina..tetapi hati manusia..di punyai oleh Allah..AO sedar akan perjalanan hidupnya dan berubah dan kembali ke jalan yang benar..Jalan menuju Allah..berubah kerana Allah..*sinopsis sendiri*




Lontarkan...kalau tidak ia meracun
Kongsikan...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung.Episod hidup memang berbeza,tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa. Tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade...tentang bukit yang sayup di depan tentang angin yang membawa salam di belakang tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....


Hlovate punya blog & FB


Thanks Hlovate..your story inspire me a lot..


Till Then...

May Allah Guide Us In Every Single Step..Aameen.. :)

p/s : fasa ke-2 ramadhan.. 

Sunday, July 29, 2012

Suami Aku Ustaz.. :)

posted by me...

"itu yang membezakan orang yang beragama dan orang yang nak hidup beragama"-Ustaz Hafiz-

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

recently i just bought a new novel..which is i read the some part of the story when i was in my first year..*if i'm not mistaken la..*..so check it out..



the title is "Suami Aku Ustaz"..and same as my expectation...the storyline is quite good...eventhough this is just a novel..just a story..created by human..tapi cerita dia amat bermakna...sedikit sebanyak mengajar serta mengingatkan saya tentang agama..something yang tak pernah tahu pun sebelum ni...kalau dah namanya novel kan..mestilah ada certain part jiwangnya tu...penulisan manusia kan..CINTA, KASIH SAYANG memang tak pernah lari la..tapi tak fully jiwang la..*for me*..except la macam novel penulisan HLOVATE..RAMLEE AWANG MURSHID...penulisan mereka more to perubahan menjadi seorang manusia, muslim dan mukmin..mencari kasih-sayang dan keredhaan pencipta itu sendiri..yeah..ada la certain part jiwang..tapi jiwang yang terkawal..

ada certain part ayat tu memang best: 

"Lagi baik menjadi orang yang tak ada langsung ilmu agama, tapi bila dia berkeinginan untuk hidup beragama, dia akan cari apa itu Islam..Berbeza dengan orang yang ada ilmu agama, tapi ilmu langsung tak memberi apa-apa manfaat kepada dia dan masyarakat"

satu lagi konsep huruf "I" dan "i"..

"Islam yang "I"  besar tu hanyalah pada nama. Kita seorang Islam. Ya betul, tapi belum tentu kita ini seorang islam. Yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. kiranya "I" besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan "i" kecil orang yang betul-betul cuba hayati cara hidup Islam.."

First time la kot saya terbaca pasal konsep huruf "I" dan "i"...okeh itu sahaja.. :)

Till Then..

May Allah Guide Us In Every Single Step...Aameen...

 p/s : fasa pertama dalam bulan ramadhan bakal melabuhkan tirainya.. :(

Friday, July 27, 2012

happy birthday girl.. :)

posted by me..

birthday siapakah...jeng..jeng..jeng..birthday siapa lagi kalau bukan birthday roomate aku a.k.a classmate a.k.a jiran sebelah katil a.k.a housemate masa LI nanti..hahaha..nak wish kat fb tak boleh..sbb dah deactivate kejap..nak wish kot handphone bazir kredit je..haha..nak wish kot mulut..nak simpan tenaga..puasa kan..*padahal segan sebenarnya.*..;p.. merepek sudah..papepun skroll bawah..


yang baju hijau tu lah dianya...gambar ni di ambil masa majlis hari raya dan meraikan budak-budak deanlist..dia budak deanlist..aku tak la...untunglaaaaaa... 

so di kesempatan ini..saya sebagai roomate yang comel lagi baik hati.. *cewaahhh..* nak ucapkan :

1)..happy birthday..may Allah bless you always..
2) semoga bahagia,dirahmati & sukses2x selalu...
3) semoga deanlist tu kekal sampai grad and nanti peluang untuk awak jadi lecturer amat besar..hehe.. :p...
doakan sye dapat deanlist jugak..macam awak..mekaseh.. :').. *dah famous jangan lupa sye..*
4) bila jadi lecturer nanti jangan la garang sangat..nanti student takut nak tegur...nanti dapat gelaran entah pape..awak yang tak suka...ahahahhaa.. :D
5) semoga cepat bertemu jodoh..kawin jangan lupa jemput..saya nak di jemput by kad..tak nak by fb..kalau awak dtg rumah jemput lagi sye suka..hahaha.. *demand betul*
6) Last but not least thanks sebab sudi jadi roomate sye a.k.a classmate..melayan perangai saya..ajar sye..dengar sye membebel...and macam-macam lagi la..*tak boleh tulis panjang-panjang..nanti awak kembang..*...hahaha...

banyak lagi sebenarnya..tapi tak pe lah..sye simpan untuk tahun seterusnya pulak...hehe...

Till Then...

May Allah bless All Of Us.. :)

p/s : entry khas untuk beliau..kerana beliau merupakan roomate sye yang paling lama setakat ni..dari first year first sem sampaila sekarang..kawan-kawan lain akan ku buat jugak..tapi tungguuuu .. :)



Wednesday, July 25, 2012

short-sem.. :)

posted by me..

setelah 2 tahun menjalani short semester..aku dapat rasakan yang short semester tahun ke-3 ni paling sibuk..fuhhh..subjek yang aku amik untuk short sem kali ni adalah Asas Keusahawanan, Hubungan Etnik, Pengurusan Organisasi dan Latihan Industri...nampak sikit tapi kerja banyak..tambahan pulak ambil subjek yang lain major course sendiri...kira macam belajar benda baru la..penat tapi ok la..belajar benda baru kan..dan aku rasa short semester ni yang aku burn paling teruk. burn a.k.a sunburn...dan klimaks sunburn ni aku rasa masa aku join match volleyball aritu..pehh..memang terbakar la cakap kau..sebab panas kan..dan so far alhamdulillah..team aku dapat  no 2...for sure lah aku bukan penyumbang utama..haha..yang lepas team aku dapat no 4..kali dapat no 2..ok lah tu...sebab manusia-manusia dalam team aku tu semua hebat-hebat..kira expert la jugak..except aku lah...papepun memang best...sebab dahulunya aku adalah budak yang penakut bola..sekarang tak dah..dulu tak tahu rule..sekarang tahu dah..kira ok lah...ada la jugak benda2x pelik yang aku buat masa match tu..entah hape-hape kan..apa pun keputusan..pengalaman tu penting...ok lah..tu je..teheee...for this short sem..aku dan beberapa org kawan lagi sedang mengambil lesen memandu..hihi..terlambat sikit...so far aku rasa best..sebab aku dapat cikgu yang best..mula dari dalam litar sampai la jalan raya...first time aku bawak dekat jalan raya..aku dah bawak 50 km/j..*dah kawan2x aku kata..ikut je apa yang cikgu kata..so aku bertindaklah mengikut arahan..hope so masa test JPJ aku akan bawak 20 km/j je..sama macam masa bawak dalam litar haritu*...gila kan..baru Lesen L kot..dan merempit..hahaha..hope so dah dapat P nanti aku tak bawak laju-laju.. :p.

"bola itu bulat sebenarnya...samalah dengan bumi kita.."

Till then...

p/s: seminggu je lagi..lepas tu balik...lalala.. :D

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem.. :)

posted by me..

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia dan rahmatnya dapat kita bertemu semula dengan ramadhan pada tahun ini..(1433H)..jika di hitung dari umur mula-mula aku belajar puasa sampai sekarang..kira-kira dah jumpa 15 kali ramadhan dah..*kalau tak salah kira*...tapi tak semua ramadhan yang aku lalui aku hayati maksud sebenar ramadhan tersebut...maksudnya..dulu aku hanya tahu bila datang ramadhan..puasa..tahan diri dari lapar dan dahaga..itu je yang aku tahu..tapi Alhamdulillah..sedikit demi sedikit,aku dapat hayati apa maksud ramadhan sebenarnya...syukur!.. 


"Bulan Ramadhan dimana awalnya Rahmat..Pertengahannya Maghrifah dan Penghujungnya pembebasan dari api neraka.."-al-hadis


Semua pun dah sedia maklum..dalam bulan ramadhan ni Allah dah beri macam-macam kelebihan..dimana pahala amalan di gandakan..diberi dua kegembiraan bagi yang berpuasa iaitu ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah nanti..dan ada 1 malam di dalam bulan ramadhan di mana nilainya menyamai dengan 1000 bulan...singkap lah tabir di 10 malam terkhir..(pada malam-malam yang ganjil)..hadiah untuk hamba-hambanya yang beriman...masyaAllah...tengok..betapa baiknya Allah terhadap kita..sudahlah digandakan pahala...di bagi lagi hadiah..Allahu Allah...dan banyak lagi kelebihan yang Allah bagi di dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini

so apa lagi kawan-kawan..marilah kita bersama-sama memburu malam lailatul-qadr..grab the chance..sebenarnya pemburuan malam tersebut sepatutnya dimulakan seawal bermulanya bulan ramadhan lagi..iaitu malam 1 ramadhan...beruntung la pada mereka yang tahu dan faham erti sebenar bulan ramadhan..mana yang masih belajar untuk menghayati bulan ramadhan seperti aku..teruskan usaha..selagi bernafas selagi bernyawa...selagi itulah kita masih di beri peluang untuk belajar tentang nikmat Allah ini..dan bulan ramadhan jugak boleh menjadi 1 titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah kebaikan....dan semoga apa yang kita lakukan dalam bulan ramadhan ni akan kekal berterusan dalam bulan-bulan yang seterusnya...insyaAllah... :)

Till then...

May Allah Guide Us In Every Single Step...Aaminnn.. :)

p/s : Lets purify our intentions...tajdid niat setiap hari.. :)

p/s : for your info..kalau ada yang perasan la..*mesti takde punya*..my fb & twitter account 'gone' for a while..i deactivate it..so if you have any question you going to ask or any information you going to tell..please inform me through my number..skype..ym and what so ever yang available lah.. :)




Saturday, July 21, 2012

#SaveMaryam

to my brothers and sisters..please help raise awareness and [#savemaryam] <---klik and share

Sunday, July 15, 2012

suratan atau kebetulan..

posted by me..

wah..sekian lama tak post entry baru..*cess..mcm la lama sangatkan..*..hari ni baru teragak nak taip..i busy sikit la..hahaha..okeh la..di sebabkan beberapa hari lepas, agak bising jugak dengan keluarnya result UPU utk lepasa matrik/asasi/stpm/diploma dan setaraf..dalam kepala aku terfikir..siapakah gerangan yang bakal jadi junior2x kami??...hahahaha..gila kan..banyak lagi benda lain boleh fikir..benda tu jugak yg aku nak fikir..hoho..by the way..tahniah la kepada yang mendapat tawaran tu..bersyukur kerana dalam ramai-ramai yang apply anda yang terpilih..syabas!!..yang tak dapat tu jangan sedih..cuba,usaha buat rayuan atau apa saja yg seumpama..mesti bolehkan??.. :)

soooo..aku pun nak cerita jugak la sikit masa mula mula apply UPU dulu..masa matrik dulu blur jugak nak amik kos apa..kejap nak amik ni..kejap nak amik..but satu benda yang aku tau..aku minat chemistry..bukan fizikal..tapi organic..organic chemistry..best kot!..haha..nak di pendekkan cerita...masa apply tu..aku isi mostly bidang yang berkaitan kimia dan yang berkaitan dengan sains fizikal.. *padahal aku student hayat*..bila tunjuk kat along..along kata "aishh..susah nak dpt ni..sbb kau budak hayat..kena compete dengan budak fizikal nanti..*..k fine..sebabkan wujudnya tagline.."AKU KAN ABANG"..so sebagai adik yang baik..besoknya aku pi tukar semua pilihan tu semua...

dalam hati tu teringin nak amik medic..tapi apakan daya..rezeki bukan kat situ...dapat tawaran pi indon,ayah tak bagi..pasal masa tu,indon kan tengah 'rancak' dengan bencana alam ni..soo..terima jela..dipendekkan cerita lagi, masa tengah isi-isi tu..hati tergerak nak check kos yang ditawarkan kat UMK..*pasalnya masa tu aku ada pilih 1 course yg ditawarkan kat UMK..*...sekali ternampak ''IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN VETERINAR"..aku ape lagi..terus klik as a second choice..pasalnya first choice aku pilih UPM..haha..dipendekkan cerita lagi..ingatkan kot ada la senior ka apa ka..sekali terbaca kat paper yang UMK baru bukak course tu and pengambilan baru tu *seramai 40 orang*..merupakan pioneer student...dan aku merupakan salah seorang diantara 40 orang itu...

pada awalnya memang aku tak minat sangat pun..aku amik pun sebab :
1) hasrat ayah nak sangat salah sorang anaknya jadi doktor..aku 2 beradik je..so..aku lah yang kena tunaikan hasrat tu..sbb abg aku dah amik course lain..
2)sbb tak dapat amik medik..veterinar pun medik jugak...so bolehlaa...
3)masih diberi peluang utk sambung belajar...alhamdulillah..

itu pada awalnya,,,tapi bila dah lama-lama tu..minat tu sikit-sikit datang la..vet best sebenarnya...sebab belajar banyak benda...banyak pengalaman baru...jumpa vet yang hebat...and dapat kawan-kawan yang best!!!!...*kadang-kadang ada jugak gaduh..tapi tu biasa lah kan..*....so sekarang boleh aku katakan yang..

"I'M PROUD TO BE A VET STUDENT"..:)

Till then...

p/s : next sem jadi 4th year student da...ngeee..-_-




Monday, July 2, 2012

Movie..

posted by me..




taken from google images

few days ago..i got chances to watch this movie entitle 'Kingdom Of Heaven'..dannn..sebenanrnya cerita ni dah lama dah keluar..since 2005 lagi..tapi sekarang baru berpeluang untuk tengok..dan komen aku adalah...SUPERB!!..cerita ni sangat best...mengenai tentera islam yang di ketuai oleh Salahudin al-ayubi berjaya mengalahkan tentera kristian di dalam perang salib untuk mendapatkan semula Baitulmaqdis atau dalam cerita ni dorang panggil Jerusalem. Masa tengok cerita ni,aku rasakan seperti aku melihat perang itu secara live..masyaAllah..sungguh bersemangatnya tentera islam masa tu..susun atur strategi yang bagus..dan Salahudin bertindak bijak dengan berunding terlebih dahulu dengan pihak musuh..sama ada mereka nak teruskan peperangan atau menyerah kalah..bila pihak musuh memilih untuk berperang...maka bermula lah peperangan selama 3 hari 3 malam..dan pada hari berikutnya Salahudin tanya lagi nak menyerah kalah atau pun tak..akhirnya tentera musuh mengatakan mereka menyerah kalah..sebab dah banyak rakyat yang terkorban..dan masa tu Salahudin berjanji tidak akan mengapa-apakan kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan tahanan perang..masyaAllah..dekat situ nampak tak betapa islam ni adalah agama bersikap tolenransi walaupun dengan pihak musuh sendiri..dan masa kemenangan tentera islam tu,aku rasa sebak kot dan merasakan betapa susahnya kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W) dan para sahabat berperang pada zaman dulu demi menegakkan agama islam..

baca sinopsis cerita di sini [klik sini]

yeah..mungkin ada yang kata,cerita ni ada ubah sikit..aku pun rasa macam tu..tapi takpe..mana yang baik kita ambil..yang tak baik tu..letak tepi tak pun buang jauh-jauh...so kawan-kawan..mana yang tak tengok lagi tu..tengok la cerita ni..kat you tube ada...cerita ni cerita mat saleh yang buat..so for sure ada adegan yg tak sepatutnya..so sila lajukan time kat bawah tu eh..

Till Then,

"Kita (tentera musuh) berperang hanyalah untuk mempertahankan harta & negara..tetapi mereka (orang islam) berperang kerana agama...pastilah mereka sanggup mati demi mempertahankan agama"
-Balian-

May Allah Bless All Of Us.. :)
Wassalam

p/s : kalau ada tersalah info..sila perbetulkan..and siapa yang dah tengok..boleh la drop komen kat bawah..nyatakan pendapat anda.. :)

Saturday, June 30, 2012


ditaip oleh saya..

"Segala kata cacian yang telah engkau berikan..membuatku rasa kosong..kosong..oong..."-Kosong By Najwa Latif-

aku rasa la kan..sejak dua menjak ni..mood aku boleh berubah sekelip mata je..pantang dengar benda yang tak sedap di dengar..cepat je nak naik angin...pantang salah sikit..cepat je nak mengelabah...hadoii..apasal tah..aku sendiri pun tak tau..mungkin sebab tak perbaiki hubungan dengan Allah..hubungan sesama makhluk..hubungan dengan alam..tu yang syaitan suka nau nak datang dekat tu..haishh..tak boleh jadik ni..

''Perangi Musuh Yang Tak Nampak Di Mata Ini!!!..."

"Allah sendiri tak pernah berat sebelah dengan makhluk ciptaannya...tak kira dia beragama apa sekalipun..sekiranya makhluk itu berusaha..pasti akan di beri ganjaran / hasil yang setimpal dengan usahanya..TAPI..mengapa kita sebagai manusia yang lemah ni bersikap berat sebelah a.k.a bias kepada sesama makhluk..sedangkan kita ni tak punya apa..asal kewujudan dari sumber yang sama...tapi masih jugak nak jadi sebegitu rupa..mengapa???..tepuk dada tanya iman.."

Wassalam..May Allah Bless All of Us :)

p/s : kalau ada yang terasa dengan perlakuan,tindakan atau perkataan saya..minta maaf banyak..sbb saya hanyalah manusia biasa..yang tak pernah lepas dari buat kesalahan & kesilapan..

Wednesday, June 20, 2012

ceritera sabah.. :)

posted by me

In The Name Of Allah,Most Gracious Most merciful

okeh..previous entry kan aku ada cerita pasal trip ke sabah kan??..kan??..soo..resultnya..Alhamdulillah..semuanya ok..berjalan seperti apa yang di rancang..cuma macam biasa la..ada yang on time..ada yang tak..well..nama pun bawak orang..lain orang lain perangai..ada yang lambat..ada yang cepat..tapi tak pa la..asal ok sudah..hehe..

soo..untuk seminggu punya trip tu..banyak jugakla tempat yang kitaorg pegi..sila tengok gambar di bawah..

ni dekat JPV...i guess tempat yang wajib kitaorg pergi (kalau ada trip) & tinggalkan footprint dekat sini..hehe

this one dekat filipino market..banyak seafood boleh dapat..org filipin ramai sini tapi seafood halal la..yela..seafood kan..tak payah sembelih..hehe..one more thing..filipino market adalah tempat yg sesuai untuk beli souvenir..harga boleh tahan..kena pandai tawar la..

ni muzium arkeologi malaysia..best jugak pegi sini..mcm2x tinggalan sejarah yang kita boleh tengok..and i guess muzium ni agak berbeza dari yang semenanjung punya..pasal banyak cerita yang menarik & mungkin menakutkan..haha..for your info,yg tengah tu bukan manusia purba eh..hahaha

ni aquaria dekat ums..best kot pegi..tengok aquarium dia rasa macam nak scuba dekat dlm tu..huhu

ni la main point kami pegi sabah..buat voluntary work dekat sini.. :)

makanan sabah yg aku sempat rasa..nama dia ambuyat..sedap kot..thanks kak noni & the geng..and kak noni sempat jugak la cerita pasal hantu2x kat sabah sana..

ni anak gajah yg paling manja..nama dia huminodun..

ni dekat perdana park..

apa yang kami makan dekat tanjung lipat..harga boleh tahan..makan ramai2x la..jngn makan sorang2x..nanti menangis nak bayar..hahaha

at kinabalu park..sejuk kot..

kami sempat ber-jungle treking dekat sana..

on the way nak pergi hot poring..dah macam salam perantau kan..agak2x kalau hantar kat paper boleh tak??..haha

desa cattle farm..dekat mersilau..susu dia sedap..ada 2 flavour je..fresh milk & chocolate..

ni dekat mersilau..lagi sejuk dari kinabalu park..dan permandangan dia macam dekat newzealand..seriusly..on the way nak ke farm ni,kitaorg terserempak dengan 2 pasangan pengantin yang tengah buat weeding photoshoot..

last pit-stop..rumah terbalik..rumah ni cantik jugak..semua barang dlm tu terbalik..based on guider *err word ni wujud ke??*. yang bawak kitaorg tu,dia kata cost bagi keseluruhan rumah ni lebih kurang 1.2 million..banyak jugak mitos yg di ceritakan dekat kami...hehe..


okeh la..itulah sedikit sebanyak aktiviti & tempat yang kami pergi..sambil ber-program..sambil berjalan....nampak gaya macam banyak berjalan..tapi ok bah tu..hehehe..mungkin ada yang kata,dah tengok dah gambar2x ni dekat facebook..yela..memang la..dah ini je pun gambar yang aku ada..kamera pun satu je..kalau banyak tak pe..hahaha...

sepanjang trip ni,ada dua pengalaman yang aku rasa menarik & first time aku rasa..nak tau apa..next entry aku cerita deh..

Till then..

May Allah Bless All Of Us.. :)

p/s : sye dah boleh faham sikit-sikit dialek sabah..okeh..masuk senarai.. :)

p/s/s : orang sabah peramah-peramah kot..best tau.. :D


pesan ayah.. :)

posted by me..




taken from facebook..

ayah pernah berpesan.." kalau kita mudahkan urusan orang..nanti sampai satu saat Allah akan mudahkan urusan kita..insyaAllah"..baiklah..sebagai anak...saya akan ikut nasihat ayah..1 more thing yang ayah selalu pesan..'biar orang buat kita..jangan kita buat orang'..sebab apa ayah pesan macam tu..so far yang saya nampak..macam-macam yang orang buat dekat ayah & family..tapi ayah tak pernah nak simpan dendam..ayah kata,kalau nak balas balik tu boleh je..tapi dia tak kan buat macam tu..sebab dia tak nak,anak cucu dia nanti yang terima akibatnya...yeahh!!..that's my man...ayah i want you to know that i'm proud to be your daughter..thanks for everything.. :)

Till Then..

from your naughty and lovely daughter.. :)

p/s : i'm coming home..i'm coming home..tell the world that i'm coming home.. :) 

Sunday, June 10, 2012

cuti-cuti malaysia

posted by me..

In The Name Of Allah,Most Gracious Most Merciful...

Besok adalah harinya...

Journey from 

Kelantan-Kuala Lumpur-Sabah...

SubhanAllah...

Rasa macam tak percaya..

Apa yang kami rancangkan selama ini..

Bakal terlaksana bermula pada besok hari iaitu program..

"Voluntary & Kembara vet Sabah 2012 "

Harapan..

Semoga Allah permudahkan segala urusan...

dapat Ilmu bermanfaat untuk keluarga agama bangsa dan negara

Semoga Kami Selamat Pergi & Selamat Balik...

May Allah Bless All Of Us..

Till then..

p/s : will be updating about the program...insyaAllah.. :)

Tuesday, June 5, 2012

officially ended.. :D

posted by me..

In The Name Of Allah..Most Gracious Most Merciful..

Allhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.

officially ended our Second semester in 3rd year...

i do what i can..and the rest..tawakkaltu 'alAllah..

1 week semester break..

then continue with our short sem + industrial training...

ahah!..before that..

we're going to sabah during this semester break..wihhooo...can't wait..

Till then.. :)

May Allah Bless All Of You...

p/s: bakal banyak lagi aktiviti untuk short sem ni...lalalala... :D



Friday, June 1, 2012

UMK Vet..Bahagian 2...

posted by me..

Assalamualaikummmmm...hehehe..di sebabkan traffic untuk entry umk vet yang pernah aku post dulu agak tinggi..so aku nak sambung la buat entry bahagian ke-2 pulak..hehehe..ada sequel la pulak kan..okeh..dulu masa aku buat entry tu,aku masih di tahun 1 (rasanya)..budak baru la katakan..so sekarang untuk sambungannya,aku sekarang berada di tahun 3..alhamdulillah..maknanya sekarang umk vet dah ada 3 batch and bakal tambah 1 lagi batch sem depan..so bakal jadi 4 batch la..so dah ramai jadinya..huhu..

nak cerita banyak pun,sampai besok pun tak habis..nanti bosan pulak nak baca..apa yang nak di perkatakan kat sini adalah,vet adalah course yg sangat mencabar..bila dah masuk tahun 3 a.k.a clinical year ni..nak tak nak kau kena revise balik semua yang dah belajar masa first year...second year..and third year ni..and kena relate semua sekali..especially bila time buat diagnosis..dapat case study..dapat case sebenar..cari case...hah!..memang banyak..tapi kadang2x seronok..bila dapat selesaikan seronok la..bila tak dapat selesaikan case tu,agak tekanan di situ..huhu..and sangat cuak bila time presentation a.k.a round setiap pagi..kau present depan lecturers and classmates and bersiap sedia la untuk dihujani dengan berbagai-bagai pertanyaan..ada sampai tahap tak tahu nak jawab macam mana..huuuuuu..sangat sedih,depress dan terasa yang diri ini kurang ilmu...

so tak lama lagi 3rd year pun dah nak melabuhkan tirai..nak masuk 4th year dah..dah tak boleh main-main..kena fokus betul-betul untuk menjadi vet yang berkualiti dan berilmu...yesss!!!..semangat..semangat...akhir kalam,majulah sukan untuk negara...*melalut*...

Till Then..

May Allah Bless All Of Us.. :)

p/s : karambunai...thanks lolot sebab masukkan dalam program tu.. ^_^

p/s : to get more info about our faculty [click here]

Friday, May 25, 2012

ehhee..-_-'

posted by me..

hiii..aritu kata nak post jadual kan??..last2x entry lepas aku post benda lain..hahaha..gomen ne minnasan...okeh,,jangan buang masa..mari semak jadual exam sekarang...

27 May 2012    : surgery 2
29 May 2012    : pathology 2
31 May 2012    : obstetric & pembiakbakaan
3 / 4 May 2012 : radiology
5 June 2012      : veterinary medicine 2
6 June 2012      : oral vet med 2

nah!..cantik kan jadual..hahaha..*nak sedapkan hati*.. banyak lagi tak cover..tak tau sempat ke tak..ape-ape pun all the best untuk kawan2x semua... -_-'

Till Then

May Allah Bless All Of Us.. :)

p/s : no more jiwa kacau lagi dah..fokus..fokus..fokus dan fokus..nak masuk tahun 4 dah ni..benda-benda remeh sila letak tepi dulu..ada masa nanti amik la balik..kalau takde..biarkan saja.. 

Tuesday, May 22, 2012

Dear You..:)

posted by me..

Dear My Future Husband..



taken from facebook

InsyaAllah..I'll do everything for you (selagi tak melanggar hukum dan agama la)
As Long As You Promise Me ONE THING
"Help me get to JANNAH ".. :)

p/s : final dekat dah..sempat lagi merapu..ayooo... :)


Sunday, May 20, 2012

unofficially ended..

posted by me..

2.05 a.m and i'm still sitting in front of my lappy..wasting my time..online..fb-ing..twitter-ing..and also typing word by word for this entry..haha..


actually, last week i'm unofficially ended my second semester in a 3rd year..pheww..what a hectic sem..full with round,classes..extra classes..test..presentation and so on..but sometime i like it..busy-ing my life with something like that..that we call as student life..hehe..


okeh..stop nagging..just wanna say our final exam starting on  27 may 2012 - 5 june 2012..first paper is surgery 2...ohhoo..so niceeeee!!..for the full schedule,i'll be included in next entry..friends,family,and others please pray for us..thanks for your prayer...


Till Then..


May Allah Bless All Of Us.. :)

p/s : trip to sabah...can't wait..

Tuesday, May 1, 2012

begitu..begini..dan begitulah..

posted by me..

sekarang : sibuk...stress..jiwa kacau...kerja banyak...final nak dekat..

akan datang : cuti...balik kampung..voluntary work...short sem..


sekarang : banyak tido..sangat penat..otak tepu..

akan datang : banyak tido..tak penat...otak tak tepu..

kesimpulan : aku tak tau dan tak faham aku tengah merapik pasal apa tah...hahaha..


till then..

p/s : simptom-simptom nak exam..

Thursday, April 19, 2012

akhir sem..

posted by me..


"demi masa...sesungguhnya manusia kerugian..melainkan yang beriman dan beramal soleh..serta yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.." -surah al-'asr-


pejam celik..pejam celik..tinggal lagi sebulan lagi nak habis semester 2 untuk tahun yang ke-3..kejap gila kan..rasa macam baru je haritu masuk semester 2 ni..tau2x dah nak habis dah...at the end of next month dah final exam dah...clinical round pun tinggal lagi 2..ruminant dengan equine..lepas tu habis..phewww...nanti sambung balik masa 4th year pulak..huhu...

habis semester 2 sambung semester 3 pulak..a.k.a short sem..wahhaa...jangan harap la kau nak bercuti kan..orang lain cuti sem 2 3 bulan..aku dan kawan2x cuti sem 1 minggu je..itu pun nanti pergi voluntary dekat sabah..seminggu habis..hahaha...*merungut tak habis-habis..*

tak de ape pun yang nak di ceritakan..cuma nak bagitau,semakin hari semakin sibuk...oh ya,next week vet night..so boleh la enjoy2x sikit kot...tapi sikit je..time study week penuh dengan test...huuuu..tak pe lah..bak kata dr rumaizi.."That is your job as a student"..:)

ok lah till then...

may Allah Bless all of us..:)

Saturday, April 14, 2012

cuti-cuti malaysia...:)

posted by me


holla peeps!..hehe..cuti-cuti malaysia saya officially ended today lah..seminggu cuti..memang tak rasa apa..rasa sekejap je...

cuti ni seperti biasa..memang betul-betul cuti lah..bawak buku,untuk sedapkan hati je..keje berlambak..presentation lagi..test lagi....semua tu seolah-olah di abaikan untuk seketika...wah!..gaya macam kau tu pandai sangat kan..huehuehue... :p

sooo..cuti ni,apa je aku buat..first aktiviti,reunion bersama teman-teman lama..memang havoc gila lah..sakit perut aku tergelak je..lama dah tak jumpa..so macam-macam cerita dan gaya keluar..hehe..gambar??..kat fb banyak..tengok le..*bajet macam ada je orang kesah kan..*..hahaha..

lepas reunion,mak ayah ajak pi melaka..mula-mula excited jugak..last2x aku malas nak pegi..sebab penat..hehe..lepastu,berjalan-jalan cari makanan..haha..memang haritu,aku makan je ape yang terasa dekat tekak aku ni nak makan...ayah pun,bawak je la..huhu...plan nak gi johor tengok horse show..tak jadi..sbb bila fikir-fikir balik,lepas ni tak cuti dah..so aku nak spend sikit la masa yang ada ni dengan family..cuti sem bulan 6 ni,ada program kat sabah*seminggu je pun cutinya*..for sure tak balik dah..so baik duduk rumah rehat-rehat...hehehe..

okeh lah kawan-kawan..sekian sahaja rapuan hari ini..Assalamualaikum

May Allah Bless All Of Us.. :)

p/s : semoga Along dapat kerja tuh...
p/s/s : thinking about making video...topic : random..purpose : release tension..hahaha..buat story pasal budak vet pun best jugak...haha..papehal tunggu...*kalau ada masa la..*..:)


Friday, April 6, 2012

Kisah seorang pakcik & seorang budak perempuan..:)

posted by me

In The Name Of Allah..Most Gracious Most Merciful

hi peeps!..now i'm in holiday mood..yehaa!!!..okay..sebenarnya..aku nak kongsi 1 pengalaman yang menarik masa on the way nak balik dari KB - Seremban semalam..

as usual la kan..aku akan jadi orang last sekali la yang balik..kawan-kawan yang keluar sekali pergi terminal..semua balik dulu..so aku pun duduk la menunggu dekat stesen bas KB tuh..duduk punya duduk..sekali ada seorang uncle nih..duduk sebelah aku..aku ni bukan lah species yang banyak mulut nak bersembang segala..but uncle tu ajak aku bersembang..maka..jeng..jeng..jeng..kitaorg pun bersembang la..

dia tanya la aku nak kemana..belajar mana..berapa tahun..kos apa..dan segala la..nak di pendekkan cerita..sampai 1 part uncle ni pi tilik nasib aku(bukan tilik atas tapak tangan tu..)..wah!..terkejut hamba..nak tau apa yang dia cakap..meh i story kat u la..

1)kerja.
-dia kata aku senang dapat kerja..dia tilik based on apa??..based on kening aku..dia kata orang yg mempunyai kening mcm tu..jenis yang senang dapat kerja..*aku jawab insyaAllah..mudah-mudahan*

2)jodoh
-dia kata jodoh aku jauh..means org yang jauh..bukan orang yang satu negeri dengan aku..*if tak salah dengar la..*..

3)kawan
-dia kata kamu ada kawan baik..dulu rapat..tapi sekarang dah jauh..makin lama makin jauh..uncle tu kata hati aku ingat kat dia..tapi dia tak...*erkk*..-_-'

4)tarikh lahir..
-uncle tu kata aku lahir tahun kuda..dia ckp kuda ni ada 5 jenis..dan aku adalah jenis kuda emas..kuda emas ni,orangnya jenis yang suka simpan dalam hati..uncle kata,"u marah macam mana pun dekat org,u tak kan keluarkan..u akan simpan dalam hati..1 lagi kelemahan kuda emas ni,hati dia lembut..u akan tolong orang,,tapi sometime org buat jahat kat u.."..hah!..gitu lah katanya...lagi satu kuda ni bebas..so uncle tu nasihatkan aku..jangan pakai rantai emas..nanti terikat..n lagi satu dia kata..hati aku tengah tak tenteram sekarang..dan perkara itu akan berlanjutan sampai bulan 8..apa yang aku buat banyak yang tak berapa jadi..kira macam tertangguh la..@_@

5)mimpi..
-uncle tu tanya aku,aku ada mimpi pasal org yang aku tak kenal ke??..aku cakap tak..so..dia pun tak kata apa..

satu benda yang aku suka adalah..bila uncle tu tanya umur aku..aku kata 22 tahun.. n then dia kata apa.."muka macam umur 19 tahun.."..ahha...i like..hahaha..;p

kitaorg bersembang lama la jugak..wuuu..dahsyat kan..ramah jugak aku rupanya..ahaha..macam2x benda yang uncle tu cerita..aku sekadar mendengar je..orang bercerita..aku dengar..sebagai seorang islam..tak perlu la kita percaya..khurafat jadinya..adalah la certain benda yang uncle tu cakap..sama dengan situasi yang aku alami..tapi itu semua kebetulan semata-mata..ingat,segala apa yang berlaku..apa yang kita akan dapat..apa yang akan berlaku..segala-galanya telah di rancang dengan sempurna oleh Allah yang Maha Kuasa...

"..wa makaru wa makarollah..wallahu khoirulmakirin"

"maksudnya : kita merancang..Allah juga merancang..sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.."


Tapi seriusly aku cakap..aku suka bercakap dengan golongan non-muslim...mendengar cerita tentang agama mereka..bertanya tentang apa yang mereka lakukan..menarik!..dari situ kita boleh belajar menghormati agama lain serta berasa bersyukur di lahirkan sebagai seorang yang beragama islam....alhamdulillah..thank you Allah..

Till then..

May Allah Bless All Us..:)

p/s : seronok rupanya berjalan sorang-sorang ni...cop!...ni bukan kes forever alone eh..