alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..next week adalah minggu last berpraktikal..dan lepas tu pulang ke kelantan..sambung lagi pengajian..untuk tahun yang ke-4..macam tak percaya kan..dah masuk tahun 4 dah..tapi masa nak check jadual..dorang tulis (SDV 1, SDV2, SDV3, SDV4 )..wah!,,dah 4 generasi dah..hehe..
ok lah...untuk entry yang lepas aku kata aku nak cerita something yang menarik kan..ahha..meh sini nak cerita sikit..untuk LI kali ni,peristiwa yang sama macam LI tahun lepas berulang lagi...cuma berbeza bangsa la..kalau dulu melibatkan bangsa melayu..kali melibatkan cina dan india..dan haiwan juga berbeza...hehe
setiap kali ada owner(non-malay mostly and of course la bawak anjing) datang klinik..mereka pandang kami dengan muka pelik..sebab kami bertudung...macam2x dorang tanya..dan paling lawak adalah ini:
uncle A : err..nak tanya sikit..awak ni melayu kan?
Me : aah..
uncle A : boleh pegang anjing ke??
Me : boleh..
Uncle A : kenapa ada melayu kata tak boleh??
Me : boleh pegang sebenarnya..tapi ada tujuan..dan lepas tu kena bersihkan la..
dan banyak lagi situasi yang kami alami sebenarnya..dan dari situ sedikit sebanyak aku dapat mempelajari serta memahami mentaliti masyarakat kita masa kini..and mungkin akan ada yang kata...biar betul kau ni..bukan ke pegang anjing tu haram??..ok..cuba baca & fahamkan something di bawah ini :
Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah”. kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”.(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)
haaa..kan..yang haram adalah memakannya..dan aku ada terbaca satu artikel tu yang mengatakan HARUS MEMEGANG HAIWAN TERSEBUT TETAPI UNTUK TUJUAN TERTENTU SAHAJA..CONTOH MACAM NAK MERAWAT HAIWAN TERSEBUT LA..TAPI LEPAS PEGANG BERSIHKAN MENGIKUT APA YANG TELAH DI TETAPKAN DALAM AGAMA..soo..sila betulkan mentaliti kita...tujuan kami pegang adalah untuk merawat sahaja..bukan sengaja suka-suka...ok..that's it..untuk lebih lanjut..sila google atau tanya kepada yang lebih arif..
Wassalam...
Till Then..
May Allah Bless And Guide Us In Every Single Step..Ameennn.. :)
p/s : ada lagi cerita menarik..kemudian nanti aku cerita... :)
p/s/s : brainstorm..
No comments:
Post a Comment