"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th " -Contengan Jalanan by Hlovate-
In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang di kurniakan..terutama nikmat agama yang telah di berikan..pejam celik..pejam celik...dah 11 ramadhan dah..bermakna kita sekarang berada dalam fasa ke-2 bulan ramadhan..iaitu fasa keampunan..maka manfaatkanla baki-baki ramadhan yang masih ada ni..bila masuk ramadhan salah satu cerita yang saya ingat adalah..novel "Contengan Jalanan" karya Hlovate...cerita ni sangat-sangat menarik..especially fend punya part..bermusafir..pada bulan ramadhan..mencari sesuatu yang diperlukan dalam hidup..dia punya segala..tapi masih berasa ada yang kurang..akhirnya ambil keputusan bermusafir bersama sepupu dia ke australia..bermusafir pada bulan ramadhan mencari kembali arah serta tujuan hidup..seriusly..banyak benda yang dapat saya belajar dari cerita ni..tambahan Hlovate adalah penulis novel favourite saya..saya dan kawan saya merupakan pengumpul novel hlovate..teheee...nak tahu lebih lanjut..bacalah novel ni..dan novel-novel yang lain..macam versus, rooftop rant..novel-novel tu memang menceritakan mengenai seorang hamba yang nak berubah...bacalah..
"contengan pengalaman perjalanan cari tuhan"
I - Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.
Taken from here [klik here]
......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....
Kisah mengenai Minn Edina a.k.a Ed Sassin..disebabkan wasiat arwah datuk, hidupnya berubah 360 degree..dari budak street berubah kepada budak bertudung, baju besar, jeans besar..berubah segalanya..begitu jugak dengan Ashraff Omar a.k.a AO..budak street yang stylo..pada awalnya berubah kerana Minn Edina..tetapi hati manusia..di punyai oleh Allah..AO sedar akan perjalanan hidupnya dan berubah dan kembali ke jalan yang benar..Jalan menuju Allah..berubah kerana Allah..*sinopsis sendiri*
Lontarkan...kalau tidak ia meracun
Kongsikan...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung.Episod hidup memang berbeza,tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa. Tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas
Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade...tentang bukit yang sayup di depan tentang angin yang membawa salam di belakang tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....
Thanks Hlovate..your story inspire me a lot..
Till Then...
May Allah Guide Us In Every Single Step..Aameen.. :)
p/s : fasa ke-2 ramadhan..
No comments:
Post a Comment