PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Tuesday, July 31, 2012

11th Ramadhan

posted by me

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th " -Contengan Jalanan by Hlovate-

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang di kurniakan..terutama nikmat agama yang telah di berikan..pejam celik..pejam celik...dah 11 ramadhan dah..bermakna kita sekarang berada dalam fasa ke-2 bulan ramadhan..iaitu fasa keampunan..maka manfaatkanla baki-baki ramadhan yang masih ada ni..bila masuk ramadhan salah satu cerita yang saya ingat adalah..novel "Contengan Jalanan" karya Hlovate...cerita ni sangat-sangat menarik..especially fend punya part..bermusafir..pada bulan ramadhan..mencari sesuatu yang diperlukan dalam hidup..dia punya segala..tapi masih berasa ada yang kurang..akhirnya ambil keputusan bermusafir bersama sepupu dia ke australia..bermusafir pada bulan ramadhan mencari kembali arah serta tujuan hidup..seriusly..banyak benda yang dapat saya belajar dari cerita ni..tambahan Hlovate adalah penulis novel favourite saya..saya dan kawan saya merupakan pengumpul novel hlovate..teheee...nak tahu lebih lanjut..bacalah novel ni..dan novel-novel yang lain..macam versus, rooftop rant..novel-novel tu memang menceritakan mengenai seorang hamba yang nak berubah...bacalah..



 "contengan pengalaman perjalanan cari tuhan"

I - Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - 
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.


Taken from here [klik here]

......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....

Kisah mengenai Minn Edina a.k.a Ed Sassin..disebabkan wasiat arwah datuk, hidupnya berubah 360 degree..dari budak street berubah kepada budak bertudung, baju besar, jeans besar..berubah segalanya..begitu jugak dengan Ashraff Omar a.k.a AO..budak street yang stylo..pada awalnya berubah kerana Minn Edina..tetapi hati manusia..di punyai oleh Allah..AO sedar akan perjalanan hidupnya dan berubah dan kembali ke jalan yang benar..Jalan menuju Allah..berubah kerana Allah..*sinopsis sendiri*




Lontarkan...kalau tidak ia meracun
Kongsikan...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung.Episod hidup memang berbeza,tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa. Tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade...tentang bukit yang sayup di depan tentang angin yang membawa salam di belakang tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....


Hlovate punya blog & FB


Thanks Hlovate..your story inspire me a lot..


Till Then...

May Allah Guide Us In Every Single Step..Aameen.. :)

p/s : fasa ke-2 ramadhan.. 

Sunday, July 29, 2012

Suami Aku Ustaz.. :)

posted by me...

"itu yang membezakan orang yang beragama dan orang yang nak hidup beragama"-Ustaz Hafiz-

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

recently i just bought a new novel..which is i read the some part of the story when i was in my first year..*if i'm not mistaken la..*..so check it out..



the title is "Suami Aku Ustaz"..and same as my expectation...the storyline is quite good...eventhough this is just a novel..just a story..created by human..tapi cerita dia amat bermakna...sedikit sebanyak mengajar serta mengingatkan saya tentang agama..something yang tak pernah tahu pun sebelum ni...kalau dah namanya novel kan..mestilah ada certain part jiwangnya tu...penulisan manusia kan..CINTA, KASIH SAYANG memang tak pernah lari la..tapi tak fully jiwang la..*for me*..except la macam novel penulisan HLOVATE..RAMLEE AWANG MURSHID...penulisan mereka more to perubahan menjadi seorang manusia, muslim dan mukmin..mencari kasih-sayang dan keredhaan pencipta itu sendiri..yeah..ada la certain part jiwang..tapi jiwang yang terkawal..

ada certain part ayat tu memang best: 

"Lagi baik menjadi orang yang tak ada langsung ilmu agama, tapi bila dia berkeinginan untuk hidup beragama, dia akan cari apa itu Islam..Berbeza dengan orang yang ada ilmu agama, tapi ilmu langsung tak memberi apa-apa manfaat kepada dia dan masyarakat"

satu lagi konsep huruf "I" dan "i"..

"Islam yang "I"  besar tu hanyalah pada nama. Kita seorang Islam. Ya betul, tapi belum tentu kita ini seorang islam. Yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. kiranya "I" besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan "i" kecil orang yang betul-betul cuba hayati cara hidup Islam.."

First time la kot saya terbaca pasal konsep huruf "I" dan "i"...okeh itu sahaja.. :)

Till Then..

May Allah Guide Us In Every Single Step...Aameen...

 p/s : fasa pertama dalam bulan ramadhan bakal melabuhkan tirainya.. :(

Friday, July 27, 2012

happy birthday girl.. :)

posted by me..

birthday siapakah...jeng..jeng..jeng..birthday siapa lagi kalau bukan birthday roomate aku a.k.a classmate a.k.a jiran sebelah katil a.k.a housemate masa LI nanti..hahaha..nak wish kat fb tak boleh..sbb dah deactivate kejap..nak wish kot handphone bazir kredit je..haha..nak wish kot mulut..nak simpan tenaga..puasa kan..*padahal segan sebenarnya.*..;p.. merepek sudah..papepun skroll bawah..


yang baju hijau tu lah dianya...gambar ni di ambil masa majlis hari raya dan meraikan budak-budak deanlist..dia budak deanlist..aku tak la...untunglaaaaaa... 

so di kesempatan ini..saya sebagai roomate yang comel lagi baik hati.. *cewaahhh..* nak ucapkan :

1)..happy birthday..may Allah bless you always..
2) semoga bahagia,dirahmati & sukses2x selalu...
3) semoga deanlist tu kekal sampai grad and nanti peluang untuk awak jadi lecturer amat besar..hehe.. :p...
doakan sye dapat deanlist jugak..macam awak..mekaseh.. :').. *dah famous jangan lupa sye..*
4) bila jadi lecturer nanti jangan la garang sangat..nanti student takut nak tegur...nanti dapat gelaran entah pape..awak yang tak suka...ahahahhaa.. :D
5) semoga cepat bertemu jodoh..kawin jangan lupa jemput..saya nak di jemput by kad..tak nak by fb..kalau awak dtg rumah jemput lagi sye suka..hahaha.. *demand betul*
6) Last but not least thanks sebab sudi jadi roomate sye a.k.a classmate..melayan perangai saya..ajar sye..dengar sye membebel...and macam-macam lagi la..*tak boleh tulis panjang-panjang..nanti awak kembang..*...hahaha...

banyak lagi sebenarnya..tapi tak pe lah..sye simpan untuk tahun seterusnya pulak...hehe...

Till Then...

May Allah bless All Of Us.. :)

p/s : entry khas untuk beliau..kerana beliau merupakan roomate sye yang paling lama setakat ni..dari first year first sem sampaila sekarang..kawan-kawan lain akan ku buat jugak..tapi tungguuuu .. :)



Wednesday, July 25, 2012

short-sem.. :)

posted by me..

setelah 2 tahun menjalani short semester..aku dapat rasakan yang short semester tahun ke-3 ni paling sibuk..fuhhh..subjek yang aku amik untuk short sem kali ni adalah Asas Keusahawanan, Hubungan Etnik, Pengurusan Organisasi dan Latihan Industri...nampak sikit tapi kerja banyak..tambahan pulak ambil subjek yang lain major course sendiri...kira macam belajar benda baru la..penat tapi ok la..belajar benda baru kan..dan aku rasa short semester ni yang aku burn paling teruk. burn a.k.a sunburn...dan klimaks sunburn ni aku rasa masa aku join match volleyball aritu..pehh..memang terbakar la cakap kau..sebab panas kan..dan so far alhamdulillah..team aku dapat  no 2...for sure lah aku bukan penyumbang utama..haha..yang lepas team aku dapat no 4..kali dapat no 2..ok lah tu...sebab manusia-manusia dalam team aku tu semua hebat-hebat..kira expert la jugak..except aku lah...papepun memang best...sebab dahulunya aku adalah budak yang penakut bola..sekarang tak dah..dulu tak tahu rule..sekarang tahu dah..kira ok lah...ada la jugak benda2x pelik yang aku buat masa match tu..entah hape-hape kan..apa pun keputusan..pengalaman tu penting...ok lah..tu je..teheee...for this short sem..aku dan beberapa org kawan lagi sedang mengambil lesen memandu..hihi..terlambat sikit...so far aku rasa best..sebab aku dapat cikgu yang best..mula dari dalam litar sampai la jalan raya...first time aku bawak dekat jalan raya..aku dah bawak 50 km/j..*dah kawan2x aku kata..ikut je apa yang cikgu kata..so aku bertindaklah mengikut arahan..hope so masa test JPJ aku akan bawak 20 km/j je..sama macam masa bawak dalam litar haritu*...gila kan..baru Lesen L kot..dan merempit..hahaha..hope so dah dapat P nanti aku tak bawak laju-laju.. :p.

"bola itu bulat sebenarnya...samalah dengan bumi kita.."

Till then...

p/s: seminggu je lagi..lepas tu balik...lalala.. :D

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem.. :)

posted by me..

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...ucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia dan rahmatnya dapat kita bertemu semula dengan ramadhan pada tahun ini..(1433H)..jika di hitung dari umur mula-mula aku belajar puasa sampai sekarang..kira-kira dah jumpa 15 kali ramadhan dah..*kalau tak salah kira*...tapi tak semua ramadhan yang aku lalui aku hayati maksud sebenar ramadhan tersebut...maksudnya..dulu aku hanya tahu bila datang ramadhan..puasa..tahan diri dari lapar dan dahaga..itu je yang aku tahu..tapi Alhamdulillah..sedikit demi sedikit,aku dapat hayati apa maksud ramadhan sebenarnya...syukur!.. 


"Bulan Ramadhan dimana awalnya Rahmat..Pertengahannya Maghrifah dan Penghujungnya pembebasan dari api neraka.."-al-hadis


Semua pun dah sedia maklum..dalam bulan ramadhan ni Allah dah beri macam-macam kelebihan..dimana pahala amalan di gandakan..diberi dua kegembiraan bagi yang berpuasa iaitu ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah nanti..dan ada 1 malam di dalam bulan ramadhan di mana nilainya menyamai dengan 1000 bulan...singkap lah tabir di 10 malam terkhir..(pada malam-malam yang ganjil)..hadiah untuk hamba-hambanya yang beriman...masyaAllah...tengok..betapa baiknya Allah terhadap kita..sudahlah digandakan pahala...di bagi lagi hadiah..Allahu Allah...dan banyak lagi kelebihan yang Allah bagi di dalam bulan yang mulia dan penuh barakah ini

so apa lagi kawan-kawan..marilah kita bersama-sama memburu malam lailatul-qadr..grab the chance..sebenarnya pemburuan malam tersebut sepatutnya dimulakan seawal bermulanya bulan ramadhan lagi..iaitu malam 1 ramadhan...beruntung la pada mereka yang tahu dan faham erti sebenar bulan ramadhan..mana yang masih belajar untuk menghayati bulan ramadhan seperti aku..teruskan usaha..selagi bernafas selagi bernyawa...selagi itulah kita masih di beri peluang untuk belajar tentang nikmat Allah ini..dan bulan ramadhan jugak boleh menjadi 1 titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah kebaikan....dan semoga apa yang kita lakukan dalam bulan ramadhan ni akan kekal berterusan dalam bulan-bulan yang seterusnya...insyaAllah... :)

Till then...

May Allah Guide Us In Every Single Step...Aaminnn.. :)

p/s : Lets purify our intentions...tajdid niat setiap hari.. :)

p/s : for your info..kalau ada yang perasan la..*mesti takde punya*..my fb & twitter account 'gone' for a while..i deactivate it..so if you have any question you going to ask or any information you going to tell..please inform me through my number..skype..ym and what so ever yang available lah.. :)




Saturday, July 21, 2012

#SaveMaryam

to my brothers and sisters..please help raise awareness and [#savemaryam] <---klik and share

Sunday, July 15, 2012

suratan atau kebetulan..

posted by me..

wah..sekian lama tak post entry baru..*cess..mcm la lama sangatkan..*..hari ni baru teragak nak taip..i busy sikit la..hahaha..okeh la..di sebabkan beberapa hari lepas, agak bising jugak dengan keluarnya result UPU utk lepasa matrik/asasi/stpm/diploma dan setaraf..dalam kepala aku terfikir..siapakah gerangan yang bakal jadi junior2x kami??...hahahaha..gila kan..banyak lagi benda lain boleh fikir..benda tu jugak yg aku nak fikir..hoho..by the way..tahniah la kepada yang mendapat tawaran tu..bersyukur kerana dalam ramai-ramai yang apply anda yang terpilih..syabas!!..yang tak dapat tu jangan sedih..cuba,usaha buat rayuan atau apa saja yg seumpama..mesti bolehkan??.. :)

soooo..aku pun nak cerita jugak la sikit masa mula mula apply UPU dulu..masa matrik dulu blur jugak nak amik kos apa..kejap nak amik ni..kejap nak amik..but satu benda yang aku tau..aku minat chemistry..bukan fizikal..tapi organic..organic chemistry..best kot!..haha..nak di pendekkan cerita...masa apply tu..aku isi mostly bidang yang berkaitan kimia dan yang berkaitan dengan sains fizikal.. *padahal aku student hayat*..bila tunjuk kat along..along kata "aishh..susah nak dpt ni..sbb kau budak hayat..kena compete dengan budak fizikal nanti..*..k fine..sebabkan wujudnya tagline.."AKU KAN ABANG"..so sebagai adik yang baik..besoknya aku pi tukar semua pilihan tu semua...

dalam hati tu teringin nak amik medic..tapi apakan daya..rezeki bukan kat situ...dapat tawaran pi indon,ayah tak bagi..pasal masa tu,indon kan tengah 'rancak' dengan bencana alam ni..soo..terima jela..dipendekkan cerita lagi, masa tengah isi-isi tu..hati tergerak nak check kos yang ditawarkan kat UMK..*pasalnya masa tu aku ada pilih 1 course yg ditawarkan kat UMK..*...sekali ternampak ''IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN VETERINAR"..aku ape lagi..terus klik as a second choice..pasalnya first choice aku pilih UPM..haha..dipendekkan cerita lagi..ingatkan kot ada la senior ka apa ka..sekali terbaca kat paper yang UMK baru bukak course tu and pengambilan baru tu *seramai 40 orang*..merupakan pioneer student...dan aku merupakan salah seorang diantara 40 orang itu...

pada awalnya memang aku tak minat sangat pun..aku amik pun sebab :
1) hasrat ayah nak sangat salah sorang anaknya jadi doktor..aku 2 beradik je..so..aku lah yang kena tunaikan hasrat tu..sbb abg aku dah amik course lain..
2)sbb tak dapat amik medik..veterinar pun medik jugak...so bolehlaa...
3)masih diberi peluang utk sambung belajar...alhamdulillah..

itu pada awalnya,,,tapi bila dah lama-lama tu..minat tu sikit-sikit datang la..vet best sebenarnya...sebab belajar banyak benda...banyak pengalaman baru...jumpa vet yang hebat...and dapat kawan-kawan yang best!!!!...*kadang-kadang ada jugak gaduh..tapi tu biasa lah kan..*....so sekarang boleh aku katakan yang..

"I'M PROUD TO BE A VET STUDENT"..:)

Till then...

p/s : next sem jadi 4th year student da...ngeee..-_-




Monday, July 2, 2012

Movie..

posted by me..




taken from google images

few days ago..i got chances to watch this movie entitle 'Kingdom Of Heaven'..dannn..sebenanrnya cerita ni dah lama dah keluar..since 2005 lagi..tapi sekarang baru berpeluang untuk tengok..dan komen aku adalah...SUPERB!!..cerita ni sangat best...mengenai tentera islam yang di ketuai oleh Salahudin al-ayubi berjaya mengalahkan tentera kristian di dalam perang salib untuk mendapatkan semula Baitulmaqdis atau dalam cerita ni dorang panggil Jerusalem. Masa tengok cerita ni,aku rasakan seperti aku melihat perang itu secara live..masyaAllah..sungguh bersemangatnya tentera islam masa tu..susun atur strategi yang bagus..dan Salahudin bertindak bijak dengan berunding terlebih dahulu dengan pihak musuh..sama ada mereka nak teruskan peperangan atau menyerah kalah..bila pihak musuh memilih untuk berperang...maka bermula lah peperangan selama 3 hari 3 malam..dan pada hari berikutnya Salahudin tanya lagi nak menyerah kalah atau pun tak..akhirnya tentera musuh mengatakan mereka menyerah kalah..sebab dah banyak rakyat yang terkorban..dan masa tu Salahudin berjanji tidak akan mengapa-apakan kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan tahanan perang..masyaAllah..dekat situ nampak tak betapa islam ni adalah agama bersikap tolenransi walaupun dengan pihak musuh sendiri..dan masa kemenangan tentera islam tu,aku rasa sebak kot dan merasakan betapa susahnya kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W) dan para sahabat berperang pada zaman dulu demi menegakkan agama islam..

baca sinopsis cerita di sini [klik sini]

yeah..mungkin ada yang kata,cerita ni ada ubah sikit..aku pun rasa macam tu..tapi takpe..mana yang baik kita ambil..yang tak baik tu..letak tepi tak pun buang jauh-jauh...so kawan-kawan..mana yang tak tengok lagi tu..tengok la cerita ni..kat you tube ada...cerita ni cerita mat saleh yang buat..so for sure ada adegan yg tak sepatutnya..so sila lajukan time kat bawah tu eh..

Till Then,

"Kita (tentera musuh) berperang hanyalah untuk mempertahankan harta & negara..tetapi mereka (orang islam) berperang kerana agama...pastilah mereka sanggup mati demi mempertahankan agama"
-Balian-

May Allah Bless All Of Us.. :)
Wassalam

p/s : kalau ada tersalah info..sila perbetulkan..and siapa yang dah tengok..boleh la drop komen kat bawah..nyatakan pendapat anda.. :)