PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Sunday, July 15, 2012

suratan atau kebetulan..

posted by me..

wah..sekian lama tak post entry baru..*cess..mcm la lama sangatkan..*..hari ni baru teragak nak taip..i busy sikit la..hahaha..okeh la..di sebabkan beberapa hari lepas, agak bising jugak dengan keluarnya result UPU utk lepasa matrik/asasi/stpm/diploma dan setaraf..dalam kepala aku terfikir..siapakah gerangan yang bakal jadi junior2x kami??...hahahaha..gila kan..banyak lagi benda lain boleh fikir..benda tu jugak yg aku nak fikir..hoho..by the way..tahniah la kepada yang mendapat tawaran tu..bersyukur kerana dalam ramai-ramai yang apply anda yang terpilih..syabas!!..yang tak dapat tu jangan sedih..cuba,usaha buat rayuan atau apa saja yg seumpama..mesti bolehkan??.. :)

soooo..aku pun nak cerita jugak la sikit masa mula mula apply UPU dulu..masa matrik dulu blur jugak nak amik kos apa..kejap nak amik ni..kejap nak amik..but satu benda yang aku tau..aku minat chemistry..bukan fizikal..tapi organic..organic chemistry..best kot!..haha..nak di pendekkan cerita...masa apply tu..aku isi mostly bidang yang berkaitan kimia dan yang berkaitan dengan sains fizikal.. *padahal aku student hayat*..bila tunjuk kat along..along kata "aishh..susah nak dpt ni..sbb kau budak hayat..kena compete dengan budak fizikal nanti..*..k fine..sebabkan wujudnya tagline.."AKU KAN ABANG"..so sebagai adik yang baik..besoknya aku pi tukar semua pilihan tu semua...

dalam hati tu teringin nak amik medic..tapi apakan daya..rezeki bukan kat situ...dapat tawaran pi indon,ayah tak bagi..pasal masa tu,indon kan tengah 'rancak' dengan bencana alam ni..soo..terima jela..dipendekkan cerita lagi, masa tengah isi-isi tu..hati tergerak nak check kos yang ditawarkan kat UMK..*pasalnya masa tu aku ada pilih 1 course yg ditawarkan kat UMK..*...sekali ternampak ''IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN VETERINAR"..aku ape lagi..terus klik as a second choice..pasalnya first choice aku pilih UPM..haha..dipendekkan cerita lagi..ingatkan kot ada la senior ka apa ka..sekali terbaca kat paper yang UMK baru bukak course tu and pengambilan baru tu *seramai 40 orang*..merupakan pioneer student...dan aku merupakan salah seorang diantara 40 orang itu...

pada awalnya memang aku tak minat sangat pun..aku amik pun sebab :
1) hasrat ayah nak sangat salah sorang anaknya jadi doktor..aku 2 beradik je..so..aku lah yang kena tunaikan hasrat tu..sbb abg aku dah amik course lain..
2)sbb tak dapat amik medik..veterinar pun medik jugak...so bolehlaa...
3)masih diberi peluang utk sambung belajar...alhamdulillah..

itu pada awalnya,,,tapi bila dah lama-lama tu..minat tu sikit-sikit datang la..vet best sebenarnya...sebab belajar banyak benda...banyak pengalaman baru...jumpa vet yang hebat...and dapat kawan-kawan yang best!!!!...*kadang-kadang ada jugak gaduh..tapi tu biasa lah kan..*....so sekarang boleh aku katakan yang..

"I'M PROUD TO BE A VET STUDENT"..:)

Till then...

p/s : next sem jadi 4th year student da...ngeee..-_-




Monday, July 2, 2012

Movie..

posted by me..




taken from google images

few days ago..i got chances to watch this movie entitle 'Kingdom Of Heaven'..dannn..sebenanrnya cerita ni dah lama dah keluar..since 2005 lagi..tapi sekarang baru berpeluang untuk tengok..dan komen aku adalah...SUPERB!!..cerita ni sangat best...mengenai tentera islam yang di ketuai oleh Salahudin al-ayubi berjaya mengalahkan tentera kristian di dalam perang salib untuk mendapatkan semula Baitulmaqdis atau dalam cerita ni dorang panggil Jerusalem. Masa tengok cerita ni,aku rasakan seperti aku melihat perang itu secara live..masyaAllah..sungguh bersemangatnya tentera islam masa tu..susun atur strategi yang bagus..dan Salahudin bertindak bijak dengan berunding terlebih dahulu dengan pihak musuh..sama ada mereka nak teruskan peperangan atau menyerah kalah..bila pihak musuh memilih untuk berperang...maka bermula lah peperangan selama 3 hari 3 malam..dan pada hari berikutnya Salahudin tanya lagi nak menyerah kalah atau pun tak..akhirnya tentera musuh mengatakan mereka menyerah kalah..sebab dah banyak rakyat yang terkorban..dan masa tu Salahudin berjanji tidak akan mengapa-apakan kaum wanita,kanak-kanak,orang tua dan tahanan perang..masyaAllah..dekat situ nampak tak betapa islam ni adalah agama bersikap tolenransi walaupun dengan pihak musuh sendiri..dan masa kemenangan tentera islam tu,aku rasa sebak kot dan merasakan betapa susahnya kekasih Allah (Nabi Muhammad S.A.W) dan para sahabat berperang pada zaman dulu demi menegakkan agama islam..

baca sinopsis cerita di sini [klik sini]

yeah..mungkin ada yang kata,cerita ni ada ubah sikit..aku pun rasa macam tu..tapi takpe..mana yang baik kita ambil..yang tak baik tu..letak tepi tak pun buang jauh-jauh...so kawan-kawan..mana yang tak tengok lagi tu..tengok la cerita ni..kat you tube ada...cerita ni cerita mat saleh yang buat..so for sure ada adegan yg tak sepatutnya..so sila lajukan time kat bawah tu eh..

Till Then,

"Kita (tentera musuh) berperang hanyalah untuk mempertahankan harta & negara..tetapi mereka (orang islam) berperang kerana agama...pastilah mereka sanggup mati demi mempertahankan agama"
-Balian-

May Allah Bless All Of Us.. :)
Wassalam

p/s : kalau ada tersalah info..sila perbetulkan..and siapa yang dah tengok..boleh la drop komen kat bawah..nyatakan pendapat anda.. :)

Saturday, June 30, 2012


ditaip oleh saya..

"Segala kata cacian yang telah engkau berikan..membuatku rasa kosong..kosong..oong..."-Kosong By Najwa Latif-

aku rasa la kan..sejak dua menjak ni..mood aku boleh berubah sekelip mata je..pantang dengar benda yang tak sedap di dengar..cepat je nak naik angin...pantang salah sikit..cepat je nak mengelabah...hadoii..apasal tah..aku sendiri pun tak tau..mungkin sebab tak perbaiki hubungan dengan Allah..hubungan sesama makhluk..hubungan dengan alam..tu yang syaitan suka nau nak datang dekat tu..haishh..tak boleh jadik ni..

''Perangi Musuh Yang Tak Nampak Di Mata Ini!!!..."

"Allah sendiri tak pernah berat sebelah dengan makhluk ciptaannya...tak kira dia beragama apa sekalipun..sekiranya makhluk itu berusaha..pasti akan di beri ganjaran / hasil yang setimpal dengan usahanya..TAPI..mengapa kita sebagai manusia yang lemah ni bersikap berat sebelah a.k.a bias kepada sesama makhluk..sedangkan kita ni tak punya apa..asal kewujudan dari sumber yang sama...tapi masih jugak nak jadi sebegitu rupa..mengapa???..tepuk dada tanya iman.."

Wassalam..May Allah Bless All of Us :)

p/s : kalau ada yang terasa dengan perlakuan,tindakan atau perkataan saya..minta maaf banyak..sbb saya hanyalah manusia biasa..yang tak pernah lepas dari buat kesalahan & kesilapan..

Wednesday, June 20, 2012

ceritera sabah.. :)

posted by me

In The Name Of Allah,Most Gracious Most merciful

okeh..previous entry kan aku ada cerita pasal trip ke sabah kan??..kan??..soo..resultnya..Alhamdulillah..semuanya ok..berjalan seperti apa yang di rancang..cuma macam biasa la..ada yang on time..ada yang tak..well..nama pun bawak orang..lain orang lain perangai..ada yang lambat..ada yang cepat..tapi tak pa la..asal ok sudah..hehe..

soo..untuk seminggu punya trip tu..banyak jugakla tempat yang kitaorg pegi..sila tengok gambar di bawah..

ni dekat JPV...i guess tempat yang wajib kitaorg pergi (kalau ada trip) & tinggalkan footprint dekat sini..hehe

this one dekat filipino market..banyak seafood boleh dapat..org filipin ramai sini tapi seafood halal la..yela..seafood kan..tak payah sembelih..hehe..one more thing..filipino market adalah tempat yg sesuai untuk beli souvenir..harga boleh tahan..kena pandai tawar la..

ni muzium arkeologi malaysia..best jugak pegi sini..mcm2x tinggalan sejarah yang kita boleh tengok..and i guess muzium ni agak berbeza dari yang semenanjung punya..pasal banyak cerita yang menarik & mungkin menakutkan..haha..for your info,yg tengah tu bukan manusia purba eh..hahaha

ni aquaria dekat ums..best kot pegi..tengok aquarium dia rasa macam nak scuba dekat dlm tu..huhu

ni la main point kami pegi sabah..buat voluntary work dekat sini.. :)

makanan sabah yg aku sempat rasa..nama dia ambuyat..sedap kot..thanks kak noni & the geng..and kak noni sempat jugak la cerita pasal hantu2x kat sabah sana..

ni anak gajah yg paling manja..nama dia huminodun..

ni dekat perdana park..

apa yang kami makan dekat tanjung lipat..harga boleh tahan..makan ramai2x la..jngn makan sorang2x..nanti menangis nak bayar..hahaha

at kinabalu park..sejuk kot..

kami sempat ber-jungle treking dekat sana..

on the way nak pergi hot poring..dah macam salam perantau kan..agak2x kalau hantar kat paper boleh tak??..haha

desa cattle farm..dekat mersilau..susu dia sedap..ada 2 flavour je..fresh milk & chocolate..

ni dekat mersilau..lagi sejuk dari kinabalu park..dan permandangan dia macam dekat newzealand..seriusly..on the way nak ke farm ni,kitaorg terserempak dengan 2 pasangan pengantin yang tengah buat weeding photoshoot..

last pit-stop..rumah terbalik..rumah ni cantik jugak..semua barang dlm tu terbalik..based on guider *err word ni wujud ke??*. yang bawak kitaorg tu,dia kata cost bagi keseluruhan rumah ni lebih kurang 1.2 million..banyak jugak mitos yg di ceritakan dekat kami...hehe..


okeh la..itulah sedikit sebanyak aktiviti & tempat yang kami pergi..sambil ber-program..sambil berjalan....nampak gaya macam banyak berjalan..tapi ok bah tu..hehehe..mungkin ada yang kata,dah tengok dah gambar2x ni dekat facebook..yela..memang la..dah ini je pun gambar yang aku ada..kamera pun satu je..kalau banyak tak pe..hahaha...

sepanjang trip ni,ada dua pengalaman yang aku rasa menarik & first time aku rasa..nak tau apa..next entry aku cerita deh..

Till then..

May Allah Bless All Of Us.. :)

p/s : sye dah boleh faham sikit-sikit dialek sabah..okeh..masuk senarai.. :)

p/s/s : orang sabah peramah-peramah kot..best tau.. :D


pesan ayah.. :)

posted by me..




taken from facebook..

ayah pernah berpesan.." kalau kita mudahkan urusan orang..nanti sampai satu saat Allah akan mudahkan urusan kita..insyaAllah"..baiklah..sebagai anak...saya akan ikut nasihat ayah..1 more thing yang ayah selalu pesan..'biar orang buat kita..jangan kita buat orang'..sebab apa ayah pesan macam tu..so far yang saya nampak..macam-macam yang orang buat dekat ayah & family..tapi ayah tak pernah nak simpan dendam..ayah kata,kalau nak balas balik tu boleh je..tapi dia tak kan buat macam tu..sebab dia tak nak,anak cucu dia nanti yang terima akibatnya...yeahh!!..that's my man...ayah i want you to know that i'm proud to be your daughter..thanks for everything.. :)

Till Then..

from your naughty and lovely daughter.. :)

p/s : i'm coming home..i'm coming home..tell the world that i'm coming home.. :) 

Sunday, June 10, 2012

cuti-cuti malaysia

posted by me..

In The Name Of Allah,Most Gracious Most Merciful...

Besok adalah harinya...

Journey from 

Kelantan-Kuala Lumpur-Sabah...

SubhanAllah...

Rasa macam tak percaya..

Apa yang kami rancangkan selama ini..

Bakal terlaksana bermula pada besok hari iaitu program..

"Voluntary & Kembara vet Sabah 2012 "

Harapan..

Semoga Allah permudahkan segala urusan...

dapat Ilmu bermanfaat untuk keluarga agama bangsa dan negara

Semoga Kami Selamat Pergi & Selamat Balik...

May Allah Bless All Of Us..

Till then..

p/s : will be updating about the program...insyaAllah.. :)

Tuesday, June 5, 2012

officially ended.. :D

posted by me..

In The Name Of Allah..Most Gracious Most Merciful..

Allhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.

officially ended our Second semester in 3rd year...

i do what i can..and the rest..tawakkaltu 'alAllah..

1 week semester break..

then continue with our short sem + industrial training...

ahah!..before that..

we're going to sabah during this semester break..wihhooo...can't wait..

Till then.. :)

May Allah Bless All Of You...

p/s: bakal banyak lagi aktiviti untuk short sem ni...lalalala... :D