PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Friday, December 23, 2011

susah ke??

posted by me..

Pesanan serta Peringatan untuk diri ini yang hina lagi dina dan juga kawan-kawan di luar sana..

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
1)sihat sebelum sakit
2)muda sebelum tua
3)kaya sebelum miskin
4)lapang sebelum sempit
5)hidup sebelum mati

kita sering kali berkata "..alah..tak cukup masa..".dan ayat ni selalu kedengaran time,bila assignment tak siap..bila tak habis study untuk exam....*saya pun selalu jugak guna ayat tuh..*,,
-_-

kalau kita cari-cari balik..sebenarnya masa tu cukup je..ALLAH dah bagi kita 24 jam...siang masa untuk bekerja..malam masa untuk tidur...badan kita pun perlukan rehat jugak...macam mesin...tak kan nak guna 24 jam tanpa henti..confirm2x nanti cepat rosak..huhu...

ALLAH telah bersumpah di dalam surah al-'Asr yang bermaksud :

بسم الله الرحمن الرحيم

Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian..
melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..
juga yang berpesan dengan kebenaran dan juga yang berpesan-pesan dengan kesabaran...
(Terjemahan dari surah al-'Asr :ayat 1-3)



and ada pulak minta..tambah kan lagi 24 jam..that's mean..1 hari = 48 jam...dan saya sangat yakin bila dah di tambah jadi 48 jam,still akan ada yang berkata "..alah..tak cukup masa lagi.."..see..dari situ kita boleh nampak...salahnya datang dari kita sendiri..yang tak pandai nak menggunakan masa sebaiknya...*termasuklah saya sendiri..*...

and ALLAH bagi kita 24 jam..dan DIA cuma minta dalam 5-10 minit(minimum) dari masa kita untuk tunaikan kewajiban yang telah di tetapkan...tak banyak pun...tapi 5-10 minit tu la kita susah nak fokus a.k.a khusyuk...buat sambil lewa...tak bersungguh-sungguh...tapi kalau kuliah 3 jam...study 1 jam boleh pulak kita fokus...tahan ngantuk semua??..ya ALLAH..teruknya diri ini sebagai hamba...ampunkan kami ya ALLAH...

so,kawan2x..marilah sama2x kita perbaiki hubungan kita dengan ALLAH..sebab segala apa yang kita ada hari ni..kejayaan yang kita dapat hari ni..adalah kurniaan daripada NYA..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya beruntung la orang-orang yang beriman..
Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya..
Dan orang yang menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia..
Dan orang yang menunaikan zakat..
Dan orang yang menjaga kemaluannya..
Kecuali terhadap isteri dan hambanya ; maka tiadalah tercela
Sesiapa yang mencari selain demikian itu ,maka merekalah orang yang melampaui batas..
Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya..
Dan orang yang memelihara solatnya..
Mereka itulah yang akan mewarisi..
Yang akan mewarisi syurga Firdaus.Mereka kekal di dalamnya..

(Terjemahan surah al-mukminun : ayat 1-11)

'ila akhir ayah...


taken from here : [click here]
and here [click here]

May ALLAH bless all of us... :)


p/s : mood study week & final exam bermula...all the best guys..




No comments:

Post a Comment