PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Wednesday, July 2, 2014

2014

posted by me


2014..tahun yang bermakna..sebab :

- First batch vet student UMK, seramai 38 orang lulus comprehensive exam. Exam yang buat kami makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..senang cerita serba serbi buat tak kena..berapa lama prepare??.. 2 minggu je..tapi yang sebetulnya buat revision, 1 minggu je...masa tu tuhan je tau susah hatinya macam mana..dengan clinical rota + fyp + program subjek entrepreneur..semua jalan serentak..mula-mula rasa stress..but the end, Allah tu maha tahu kan yang hamba dia mamu ke tak nak pikul semua ni..tapi Alhamdulillah.semuanya berjalan dengan lancar.. :)

- Our first classmate kawin..rightly after result comprehensive exam keluar..memang tak sangka la..pandai dia simpan..apa-apa pun barakallahu fikum untuk anda.. :)

- First time after 7 years, dapat sambut first ramadhan dengan keluarga..start masuk sekolah asrama lagi sampai tahun lepas..sambut ramadhan sebagai anak perantau..Alhamdulillah.. :)

- First time jugak sambut ramadhan dengan ahli keluarga baru..iaitu kak ipar chek..so rasa bahagia la sebab dah ada kakak..ada kawan gosip..ada tempat bercerita..so sukanyaaaa... :)

- Tahun ni first time jugak mak dengan ayah kena attend 2 majlis convocation..satu along punya dekat UPM sebab dah habis master..satu lagi saya punya dekat UMK sebab dah habis degree..Ahamdulillah.. :)

Bertepatan la dengan firman Allah dalam surah Ar-rahman yang bermaksud :

" Which of the favours of your Lord would you deny"

sebenarnya banyak lagi..tapi ni je yang ingat..hahaha...so i wish all the best to my 38 precious classmates..panjang umur kita jumpa masa angkat sumpah nanti..then jumpa masa konvo sekali lagi..lepastu bertebaran lah kita di atas muka bumi Allah ni.. :)


Till then..

p/s : tiada pesanan untuk sementara waktu..

Thursday, January 2, 2014

"Segalanya untuk Ummah"


 
"Bintang Syurga-Raqib Majid ft UNIC"

Lately ni..lagu ni sangat terkesan di hati..setiap kali dengar..air mata mesti nak keluar..dan lagu ni sebenarnya "Tribute to Ahmad Ammar"..Ahmad Ammar..insan yang hebat...satu kematian yang mampu menyentuh semua jiwa..siapa yang mengikuti cerita pasal dia sama ada di you tube atau fb akan tahu bagaimana hebat nya anak muda yang baru berusia 20 tahun ni..telah kembali ke rahmatullah baru-baru ni..

"Kau kenal ke Ahmad Ammar ni??"

Jawapannya tidak...sebelum berita tentang kematian beliau tersebar..aku tak kenal pun siapa dia..tapi selepas aku tengok video yang GPTD (Group Penjejak Tamadun Dunia) buat haritu..then aku dari situ aku tersedar.. "selama 23 tahun akuhidup..apa yang aku dah sumbangkan untuk ummah?..apa yang dah aku sumbangkan pada diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa??"..setelah sekian lama, persoalan tu timbul selepas aku tengok video tu..then dari situ aku start explore every program yang dorang buat untuk "Almarhum Ahmad Ammar" ni..nak pergi tak kesampaian..

dan dari  video-video yang aku tengok, terlalu banyak benda, ilmu serta semangat yang aku dapat hasil perkongsian dari keluarga Almarhum dekat you tube..satu perkara yang sangat terkesan adalah :

"tak kan pernah wujud perkataan rehat dalam hidup seorang muslim..rehat tu akan tiba bila kita mati nanti"

itu adalah ayat yang di keluarkan oleh Ammar semasa hayatnya kepada abahnya (Tn Hj Ahmad Azam)..so dari ayat tu jadi semangat untuk aku fokus masa study week hari tu..bila nak malas-malas je..pasti aku akan ingat balik ayat tu..so terus tak jadi malas dah...

dan lagi satu bila keluarganya bercerita tentang bidang yang di pilih, universiti yang di pilih, negara yang di pilih. Almarhum Ahmad Ammar ni belajar dekat Turki, dalam bidang sejarah..mengkaji tamadun khilafah turki uthmaniyyah..walaupun sebenarnya beliau pelajar cemerlang aliran sains..dan mengikut kata keluarganya, univeristi yang di pilih adalah universiti yang di iktiraf oleh malaysia..malaysia je tak iktiraf...tapi universiti tu hebat..Ammar pernah tanya dekat parents dia

"Bila habis belajar nanti Ammar nak kerja apa"

Dan abahnya membalas:

"Abah tak tau Ammar akan kerja apa..apa yang abah tau ammar pergi sana cari ilmu.. jadi orang yang hebat..rezeki Allah tu ada di mana-mana..bila dah jadi orang hebat, kerja tu yang akan cari kita..biarlah berapa lama pun kena belajar"

Dan masa tu juga hati aku tersentap sekali lagi..ya Allah..selama ni niat belajar, habis nak cari kerja..tu je matlamat nya..so lepas ni kena betulkan niat balik..belum terlambat lagi rasanya..Allah..Allah..

banyak lagi sebenarnya perkongsian yang di kongsikan oleh keluarga almarhum..kalau nak tahu cari lah kat you tube..banyak..dengar sendiri..baru jiwa tu rasa tersentuh,,sampai tahap menangis..dan aku akui..tiap kali tengok video pasal Ammar ni, air mata asyik nak keluar je..dan aku tak tahu kenapa..

Betulkan niat, paradigma hidup dan betulkan segalanya..ikhlas dalam melakukan apa sahaja..biar orang tak tahu..biar Allah sahaja yang tahu..bukanlah aku mengidolakan Ammar..tidak..tapi semangat dia akhlak dia tu yang kita ambil..supaya kita semua jadi manusia hebat yang ada "Ummatik spirit"..segalanya untuk ummah...

Dan masa nak start final exam hari tu "dia" pesan dekat aku "Mumtaz untuk ummah"..

"Datang datanglah wahai syahid 
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
  
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya"

-Bintang Syurga :raqib majid ft unic-

TILL THEN...

P/S : SEGALA CERITA PASAL SEHIDIMIZ AHMAD AMMAR NI AKU DAPAT MELALUI VIDEO-VIDEO PERKONGSIAN DARI KELUARGA BELIAU DI YOU TUBE..SEGALA SALAH SILAP HARAP DI MAAFKAN..

SEGALA INFO BERKAITAN PROGRAM ATAU APA SAJA YANG BERKAITAN ADA KAT PAGE NI