PitaPata Cat tickers

PitaPata Cat tickers

Friday, August 31, 2012

seminggu terakhir.. ^_^

posted by me..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..next week adalah minggu last berpraktikal..dan lepas tu pulang ke kelantan..sambung lagi pengajian..untuk tahun yang ke-4..macam tak percaya kan..dah masuk tahun 4 dah..tapi masa nak check jadual..dorang tulis (SDV 1, SDV2, SDV3, SDV4 )..wah!,,dah 4 generasi dah..hehe..

ok lah...untuk entry yang lepas aku kata aku nak cerita something yang menarik kan..ahha..meh sini nak cerita sikit..untuk LI kali ni,peristiwa yang sama macam LI tahun lepas berulang lagi...cuma berbeza bangsa la..kalau dulu melibatkan bangsa melayu..kali melibatkan cina dan india..dan haiwan juga berbeza...hehe

setiap kali ada owner(non-malay mostly and of course la bawak anjing) datang klinik..mereka pandang kami dengan muka pelik..sebab kami bertudung...macam2x dorang tanya..dan paling lawak adalah ini:

uncle A : err..nak tanya sikit..awak ni melayu kan?
Me : aah..
uncle A : boleh pegang anjing ke??
Me : boleh..
Uncle A : kenapa ada melayu kata tak boleh??
Me : boleh pegang sebenarnya..tapi ada tujuan..dan lepas tu kena bersihkan la..

dan banyak lagi situasi yang kami alami sebenarnya..dan dari situ sedikit sebanyak aku dapat mempelajari serta memahami mentaliti masyarakat kita masa kini..and mungkin akan ada yang kata...biar betul kau ni..bukan ke pegang anjing tu haram??..ok..cuba baca & fahamkan something di bawah ini :



Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah”. kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”.(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)

haaa..kan..yang haram adalah memakannya..dan aku ada terbaca satu artikel tu yang mengatakan HARUS MEMEGANG HAIWAN TERSEBUT TETAPI UNTUK TUJUAN TERTENTU SAHAJA..CONTOH MACAM NAK MERAWAT HAIWAN TERSEBUT LA..TAPI LEPAS PEGANG BERSIHKAN MENGIKUT APA YANG TELAH DI TETAPKAN DALAM AGAMA..soo..sila betulkan mentaliti kita...tujuan kami pegang adalah untuk merawat sahaja..bukan sengaja suka-suka...ok..that's it..untuk lebih lanjut..sila google atau tanya kepada yang lebih arif..

Wassalam...

Till Then..

May Allah Bless And Guide Us In Every Single Step..Ameennn.. :)

p/s : ada lagi cerita menarik..kemudian nanti aku cerita... :)

p/s/s : brainstorm.. 

Friday, August 17, 2012

seminggu sudah..:)

posted by me..

alhamdulillah..seminggu sudah selesai berpraktikal..ada lagi baki 3 minggu..walaupun baru seminggu..tapi rasa seronok..sebab klinik and dr semua best!!..banyak nasihat yang di beri..hari-hari kena motivasi...memang seronok la..and untuk LI kali ni pun ada cerita yang menarik..sama macam praktikal tahun lepas jugak..something mengenai persepsi masyarakat...nak tau apa dia??..tungguuuuu...hehehe..

well di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa,selamat beribadah & selamat hari raya aidilfitri..mohon maaf zahir dan batin.. :)


ni patient kami.. (taken from google images)


ini pun patient kami jugak.. (taken from google images)



"We treat..Allah heal.."

Thursday, August 9, 2012

tik tok tik tok..

posted by me..

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

berada di fasa terakhir dalam bulan ramadhan..masyaAllah..cepatnya masa berlalu..tahu-tahu ramadhan dah sampai penghujungnya...oh ya..aku baru je selesai menghabiskan semester pendek 2011/2012 dengan jayanya...Alhamdulillah..walaupun aku tak berapa nak confident dengan apa yang aku jawab untuk paper Asas Keusahawanan & Hubungan Etnik..dah la untuk paper AK aku careless sikit..uuuu..tak pa la..benda dah lepas...lepas ni fokus pada LI pulak..lagilah cuak kan..dengan tak prepare apenya...masuk klinik..brrrr..cuak...may Allah ease everything..

okeh lah..selamat beribadah untuk anda-anda semua pada 10 malam terakhir ni...kerana di dalam 10 malam terakhir ni terdapatnya 1 malam..dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan..malam itu adalah malam al-qadr...semoga kita menjadi insan yang terpilih..insyaAllah.. :)

May Allah Bless All Of Us.. :)

Till then...

p/s : duduk rumah memang best!.. :D

Tuesday, July 31, 2012

11th Ramadhan

posted by me

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th " -Contengan Jalanan by Hlovate-

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang di kurniakan..terutama nikmat agama yang telah di berikan..pejam celik..pejam celik...dah 11 ramadhan dah..bermakna kita sekarang berada dalam fasa ke-2 bulan ramadhan..iaitu fasa keampunan..maka manfaatkanla baki-baki ramadhan yang masih ada ni..bila masuk ramadhan salah satu cerita yang saya ingat adalah..novel "Contengan Jalanan" karya Hlovate...cerita ni sangat-sangat menarik..especially fend punya part..bermusafir..pada bulan ramadhan..mencari sesuatu yang diperlukan dalam hidup..dia punya segala..tapi masih berasa ada yang kurang..akhirnya ambil keputusan bermusafir bersama sepupu dia ke australia..bermusafir pada bulan ramadhan mencari kembali arah serta tujuan hidup..seriusly..banyak benda yang dapat saya belajar dari cerita ni..tambahan Hlovate adalah penulis novel favourite saya..saya dan kawan saya merupakan pengumpul novel hlovate..teheee...nak tahu lebih lanjut..bacalah novel ni..dan novel-novel yang lain..macam versus, rooftop rant..novel-novel tu memang menceritakan mengenai seorang hamba yang nak berubah...bacalah..



 "contengan pengalaman perjalanan cari tuhan"

I - Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - 
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.


Taken from here [klik here]

......bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.....

Kisah mengenai Minn Edina a.k.a Ed Sassin..disebabkan wasiat arwah datuk, hidupnya berubah 360 degree..dari budak street berubah kepada budak bertudung, baju besar, jeans besar..berubah segalanya..begitu jugak dengan Ashraff Omar a.k.a AO..budak street yang stylo..pada awalnya berubah kerana Minn Edina..tetapi hati manusia..di punyai oleh Allah..AO sedar akan perjalanan hidupnya dan berubah dan kembali ke jalan yang benar..Jalan menuju Allah..berubah kerana Allah..*sinopsis sendiri*




Lontarkan...kalau tidak ia meracun
Kongsikan...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung.Episod hidup memang berbeza,tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa. Tak selalunya ada pelangi. Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada. Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo. Rasa macam dah tak mampu bangkit. Rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini... tentang Trisy dan Jade...tentang bukit yang sayup di depan tentang angin yang membawa salam di belakang tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....


Hlovate punya blog & FB


Thanks Hlovate..your story inspire me a lot..


Till Then...

May Allah Guide Us In Every Single Step..Aameen.. :)

p/s : fasa ke-2 ramadhan.. 

Sunday, July 29, 2012

Suami Aku Ustaz.. :)

posted by me...

"itu yang membezakan orang yang beragama dan orang yang nak hidup beragama"-Ustaz Hafiz-

In The Name Of Allah Most Gracious Most Merciful..

recently i just bought a new novel..which is i read the some part of the story when i was in my first year..*if i'm not mistaken la..*..so check it out..



the title is "Suami Aku Ustaz"..and same as my expectation...the storyline is quite good...eventhough this is just a novel..just a story..created by human..tapi cerita dia amat bermakna...sedikit sebanyak mengajar serta mengingatkan saya tentang agama..something yang tak pernah tahu pun sebelum ni...kalau dah namanya novel kan..mestilah ada certain part jiwangnya tu...penulisan manusia kan..CINTA, KASIH SAYANG memang tak pernah lari la..tapi tak fully jiwang la..*for me*..except la macam novel penulisan HLOVATE..RAMLEE AWANG MURSHID...penulisan mereka more to perubahan menjadi seorang manusia, muslim dan mukmin..mencari kasih-sayang dan keredhaan pencipta itu sendiri..yeah..ada la certain part jiwang..tapi jiwang yang terkawal..

ada certain part ayat tu memang best: 

"Lagi baik menjadi orang yang tak ada langsung ilmu agama, tapi bila dia berkeinginan untuk hidup beragama, dia akan cari apa itu Islam..Berbeza dengan orang yang ada ilmu agama, tapi ilmu langsung tak memberi apa-apa manfaat kepada dia dan masyarakat"

satu lagi konsep huruf "I" dan "i"..

"Islam yang "I"  besar tu hanyalah pada nama. Kita seorang Islam. Ya betul, tapi belum tentu kita ini seorang islam. Yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. kiranya "I" besar untuk orang Islam hanya dalam IC dan "i" kecil orang yang betul-betul cuba hayati cara hidup Islam.."

First time la kot saya terbaca pasal konsep huruf "I" dan "i"...okeh itu sahaja.. :)

Till Then..

May Allah Guide Us In Every Single Step...Aameen...

 p/s : fasa pertama dalam bulan ramadhan bakal melabuhkan tirainya.. :(

Friday, July 27, 2012

happy birthday girl.. :)

posted by me..

birthday siapakah...jeng..jeng..jeng..birthday siapa lagi kalau bukan birthday roomate aku a.k.a classmate a.k.a jiran sebelah katil a.k.a housemate masa LI nanti..hahaha..nak wish kat fb tak boleh..sbb dah deactivate kejap..nak wish kot handphone bazir kredit je..haha..nak wish kot mulut..nak simpan tenaga..puasa kan..*padahal segan sebenarnya.*..;p.. merepek sudah..papepun skroll bawah..


yang baju hijau tu lah dianya...gambar ni di ambil masa majlis hari raya dan meraikan budak-budak deanlist..dia budak deanlist..aku tak la...untunglaaaaaa... 

so di kesempatan ini..saya sebagai roomate yang comel lagi baik hati.. *cewaahhh..* nak ucapkan :

1)..happy birthday..may Allah bless you always..
2) semoga bahagia,dirahmati & sukses2x selalu...
3) semoga deanlist tu kekal sampai grad and nanti peluang untuk awak jadi lecturer amat besar..hehe.. :p...
doakan sye dapat deanlist jugak..macam awak..mekaseh.. :').. *dah famous jangan lupa sye..*
4) bila jadi lecturer nanti jangan la garang sangat..nanti student takut nak tegur...nanti dapat gelaran entah pape..awak yang tak suka...ahahahhaa.. :D
5) semoga cepat bertemu jodoh..kawin jangan lupa jemput..saya nak di jemput by kad..tak nak by fb..kalau awak dtg rumah jemput lagi sye suka..hahaha.. *demand betul*
6) Last but not least thanks sebab sudi jadi roomate sye a.k.a classmate..melayan perangai saya..ajar sye..dengar sye membebel...and macam-macam lagi la..*tak boleh tulis panjang-panjang..nanti awak kembang..*...hahaha...

banyak lagi sebenarnya..tapi tak pe lah..sye simpan untuk tahun seterusnya pulak...hehe...

Till Then...

May Allah bless All Of Us.. :)

p/s : entry khas untuk beliau..kerana beliau merupakan roomate sye yang paling lama setakat ni..dari first year first sem sampaila sekarang..kawan-kawan lain akan ku buat jugak..tapi tungguuuu .. :)



Wednesday, July 25, 2012

short-sem.. :)

posted by me..

setelah 2 tahun menjalani short semester..aku dapat rasakan yang short semester tahun ke-3 ni paling sibuk..fuhhh..subjek yang aku amik untuk short sem kali ni adalah Asas Keusahawanan, Hubungan Etnik, Pengurusan Organisasi dan Latihan Industri...nampak sikit tapi kerja banyak..tambahan pulak ambil subjek yang lain major course sendiri...kira macam belajar benda baru la..penat tapi ok la..belajar benda baru kan..dan aku rasa short semester ni yang aku burn paling teruk. burn a.k.a sunburn...dan klimaks sunburn ni aku rasa masa aku join match volleyball aritu..pehh..memang terbakar la cakap kau..sebab panas kan..dan so far alhamdulillah..team aku dapat  no 2...for sure lah aku bukan penyumbang utama..haha..yang lepas team aku dapat no 4..kali dapat no 2..ok lah tu...sebab manusia-manusia dalam team aku tu semua hebat-hebat..kira expert la jugak..except aku lah...papepun memang best...sebab dahulunya aku adalah budak yang penakut bola..sekarang tak dah..dulu tak tahu rule..sekarang tahu dah..kira ok lah...ada la jugak benda2x pelik yang aku buat masa match tu..entah hape-hape kan..apa pun keputusan..pengalaman tu penting...ok lah..tu je..teheee...for this short sem..aku dan beberapa org kawan lagi sedang mengambil lesen memandu..hihi..terlambat sikit...so far aku rasa best..sebab aku dapat cikgu yang best..mula dari dalam litar sampai la jalan raya...first time aku bawak dekat jalan raya..aku dah bawak 50 km/j..*dah kawan2x aku kata..ikut je apa yang cikgu kata..so aku bertindaklah mengikut arahan..hope so masa test JPJ aku akan bawak 20 km/j je..sama macam masa bawak dalam litar haritu*...gila kan..baru Lesen L kot..dan merempit..hahaha..hope so dah dapat P nanti aku tak bawak laju-laju.. :p.

"bola itu bulat sebenarnya...samalah dengan bumi kita.."

Till then...

p/s: seminggu je lagi..lepas tu balik...lalala.. :D